Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

PAS tampil dua calon wanita di Kelantan Diterbitkan:  Oct 28, 2022 8:20 PM PAS akan menampilkan dua...

PAS tampil dua calon wanita di Kelantan Diterbitkan: Oct 28, 2022 8:20 PM PAS akan menampilkan dua...



PAS tampil dua calon wanita di Kelantan
Diterbitkan: Oct 28, 2022 8:20 PM

PAS akan menampilkan dua calon wanita di Kelantan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) berbanding hanya seorang pada pilihan raya lepas, kata Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Pada PRU14, PAS Kelantan hanya memiliki seorang calon wanita iaitu Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff yang mewakili Parlimen Rantau Panjang.

"Ada pertambahan satu kerusi Parlimen yang menonjolkan calon wanita dan perkembangan. Ini menjadikan dua daripada 14 kerusi Parlimen di Kelantan bakal ditandingi calon wanita," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pecah Tanah Persatuan Bola Keranjang Kelantan, di Kota Bharu hari ini.

Perikatan Nasional (PN) Kelantan akan mengumumkan senarai calon yang bakal bertanding di kesemua 14 kerusi Parlimen di negeri itu pada 3 Nov.

- Bernama



(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2022-10-28 14:35:33

#pas

#pas
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook