Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

PASAR PENDEKAR KEUNIKAN BAHARU, TARIKAN PELANCONG

PASAR PENDEKAR KEUNIKAN BAHARU, TARIKAN PELANCONG



PASAR PENDEKAR KEUNIKAN BAHARU, TARIKAN PELANCONG

PASIR PUTEH –Program Kelantan Bertanjak yang julung kali diadakan di Pasar Pendekar, Kampung Gutong Wakaf Lanas telah membawa generasi lama menggamit nostalgia dan memberi pengalaman baharu kepada generasi muda.

Yang Dipertua Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP), Ahmad Adlee Yasin berkata, Pasar Pendekar mempunyai keunikannya yang tersendiri kerana pengunjung selesa membeli dalam suasana rimbunan pokok getah untuk mendapatkan barangan keperluan harian mereka.

Selain itu, turut disediakan pelbagai gerai jualan sayuran, ikan, ayam secara terus dari petani dan penternak dengan harga yang murah dan juga terdapat menu makanan tradisional seperti kuih-muih, lauk-pauk dan barangan kering.

"Program tersebut juga ialah sebagai usaha untuk mempromosikan Pasir Puteh sebagai salah satu destinasi tarikan pelancong di Kelantan yang bertemakan Pasar Pendekar atau suasana pasar orang zaman dahulu kala," kata Ahmad Adlee semasa merasmikan Program Kelantan Bertanjak, di Pasar Pendekar, Kampung Gutong Wakaf Lanas pada 14 Oktober lalu.

Program anjuran Jawatankuasa Penerangan, Perpaduan dan Pelancongan MDPP dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Penduduk Kampung Guntong Wakaf Lanas dan Persatuan Bertanjak Kelantan telah mendapat sambutan meriah daripada penjual dan pengunjung yang hadir dengan mengenakan busana tradisional yang sesuai dengan tema Pasar Pendekar.

Turut hadir meraikan program tersebut ialah penyandang kerusi parlimen Pasir Puteh Ustaz Dato' Dr Nik Zawawi Salleh, Ahli Dewan Undangan (ADUN) Limbongan, YB Mohd Nazlan Mohamed Hasbullah dan ADUN Semerak, YB Wan Hassan Wan Ibrahim.

Sebagai makluman, Pasar Pendekar beroperasi setiap Jumaat dari pukul 8 pagi sehingga jam 12 tengahari. Masyarakat sekitar dan seluruh warga Kelantan dijemput hadir untuk merasai sendiri keunikannya.

#ViraliyatBerita9pg















(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2022-10-17 01:36:31

#semasa

#semasa
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook