Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

PASUKAN KUALA PERTANG FC JUARA LED MENGKEBANG

PASUKAN KUALA PERTANG FC JUARA LED MENGKEBANG



#semasa

PASUKAN KUALA PERTANG FC JUARA LED MENGKEBANG

KUALA KRAI - Pasukan Kuala Pertang FC menjuarai perlawanan akhir Kejohanan Liga Elit DUN (LED) Mengkebang Musim 2022 yang diadakan di Padang Bola Sepak KTM, semalam.

Johan mendapat hadiah wang tunai RM2000 dan piala, naib johan diraih pasukan Lembah FC dengan hadiah wang tunai RM1500 dan piala.

Manakala tempat ketiga bersama diperolehi pasukan Pasir Kelang dan Bukit Sireh dengan masing-masing mendapat hadiah wang tunai RM1000 dan piala.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mengkebang, Muhamad Mat Sulaiman hadir menyampaikan hadiah dan piala kepada empat pasukan yang menang pada kejohanan tersebut.

Beliau mengucapkan tahniah kepada pasukan yang berjaya menjuarai kejohanan kali ini dan kepada yang kurang bernasib baik supaya berusaha lebih lagi untuk kejohanan akan datang.

Ikuti berita dalam Buletin Darulnaim.

#ViraliyatBerita4ptg









(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2022-10-10 08:23:58

#semasa
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook