Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

RM500 RIBU PERUNTUKAN BINA RUMAH HABA

RM500 RIBU PERUNTUKAN BINA RUMAH HABA



RM500 RIBU PERUNTUKAN BINA RUMAH HABA

TUMPAT - Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar, YB Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail memaklumkan Kerajaan Negeri Kelantan telah memperuntukkan RM500 ribu bagi pembangunan projek rumah haba.

"Projek rumah haba ini direka khas untuk mengeringkan ikan semasa musim hujan dan diuruselia oleh PKPNK dengan kerjasama LKIM.

Kita harap projek ini dapat dilaksanakan dengan jayanya bagi membantu usahawan hiliran perikanan dalam membangunkan sektor industri asas tani ke arah yang lebih baik," katanya semasa mengadakan lawatan kerja ke rumah haba pengeringan ikan bekok di Pusat Pemprosesan Hasil Perikanan (PPHP) LKIM Geting, semalam.

Turut mengiringi, Exco Kerajaan Negeri selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kubor, YB Wan Roslan Wan Hamat bersama Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Negeri Kelantan, Khuzaimah Husain dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Kelantan (PKPNK), Nik Fazul Fazlee Nik Othman.

Ikuti berita dalam Buletin Darulnaim.

#ViraliyatBerita4ptg









(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2022-10-19 08:29:46

#semasa

#semasa
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook