Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Segala kepercayaan, percakapan, hatta pekerjaan seseorang pasti akan dihisab dan dipertanggungjawabk...

Segala kepercayaan, percakapan, hatta pekerjaan seseorang pasti akan dihisab dan dipertanggungjawabk...



Segala kepercayaan, percakapan, hatta pekerjaan seseorang pasti akan dihisab dan dipertanggungjawabkan pada Hari Akhirat kelak, sama ada hubungannya dengan Allah SWT mahupun sesama manusia dan makhluk yang lain.

Hal ini termasuklah dalam soal pengundian dan pemilihan kepimpinan negara. Baik seseorang itu turun mengundi ataupun tidak, semuanya direkodkan dalam catatan amal malaikat dan berada di bawah penilaian Allah SWT.

Di sana, ada pihak yang mengambil keputusan untuk tidak mahu mengundi dalam pilihan raya dengan pelbagai alasan yang dangkal seperti politik itu kotor, semua parti politik adalah sama, undi tidak mengubah apa-apa, sistem demokrasi ialah sistem kuffar, dan sebagainya.

Walhal dia sebenarnya turut terlibat sama dalam menentukan apa yang berlaku dalam kehidupan mereka dan masa depan mereka. Lebih buruk, tindakan mereka yang tidak turun mengundi itu membawa implikasi kemenangan kepada pihak yang sesat, salah, tidak amanah, dan tiada integriti untuk menjadi pemimpin negara.

Justeru, tunaikanlah tanggungjawab sebagai pengundi dengan memilih kerajaan yang benar-benar menunaikan amanah Allah SWT, yakni kerajaan yang beraqidah, beriman, dan berakhlak.

Jangan sekali-kali mengundi golongan yang salah dan sesat. Demikian juga, jangan sekali-kali tidak keluar mengundi sehingga mengakibatkan kemenangan kepada puak yang tidak sepatutnya.

#MalaysiaSejahtera
#BersihdanStabil
#TurunMengundi



















(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2022-10-20 07:02:02

#pimpinan

#pimpinan
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook