Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

SIRI 21/2022 - KULIAH DNA - AL-ISRA 17:83



SIRI 21/2022 - KULIAH DNA - AL-ISRA 17:83

Ayat terakhir minggu lalu, ayat 82 Surah Al-Isra' adalah salah satu ayat Syifa' berdasarkan kisah Imam Al-Qusyairi. Beliau menangis di hadapan Kaabah kerana anaknya ditimpa sakit yang berat.

Pada satu malam, beliau bermimpi dan berjumpa dengan Rasulullah S.A.W. Baginda menanyakan tentang ayat-ayat Syifa' yang terkandung di dalam Al-Quran. Beliau tersedar dan berfikir tentang apa yang dimaksudkan oleh Nabi.

Beliau kemudiannya memeriksa Al-Quran dan menjumpai 6 tempat yang mengandungi ayat tersebut. Dengan izin Allah, alhamdulillah penyakit anaknya kembali sembuh.

Kisah ini disebut dalam Tafsir Ruh al-Ma'ani oleh Imam al-Alusi ketika mentafsirkan ayat ke-82 daripada Surah Al-Isra'

Oleh itu, beramallah dengan ayat-ayat tersebut disertakan dengan yakin bahawa Allah akan menyembuhkan.

Ikuti sambungan seterusnya pada malam ini, huraian tafsir ayat ke 83 Surah Al-Isra' yang disampaikan oleh Ustaz Dato' Hj Mohd Amar bin Abdullah dari Masjid As-Siddiqin Mukim Panchor.

...
-Baca seterusnya...
2022-10-24 11:19:09

#pimpinan

#pimpinan
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook