Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

WANITA PERLU JADI HEBAT Pernah tak tertanya-tanya kenapa ada kementerian khusus untuk pembangunan w...

WANITA PERLU JADI HEBAT Pernah tak tertanya-tanya kenapa ada kementerian khusus untuk pembangunan w...



WANITA PERLU JADI HEBAT

Pernah tak tertanya-tanya kenapa ada kementerian khusus untuk pembangunan wanita tetapi tidak ada kementerian pembangunan lelaki?

Saya belum jumpa jawapan yang sebenarnya. Namun hal ini menunjukkan betapa pentingnya golongan wanita buat negara. Tambahan, wanita yang hebat akan mampu membangunkan lelaki yang hebat.

Tidak kira sama ada wanita itu bekerjaya atau tidak, ia tetap memainkan peranan penting dalam membangunkan masyarakat.

Malangnya, sehingga hari ini isu berkenaan wanita sentiasa berlaku dan belum dapat ditangani secara berkesan.

Walhal tidak cukup dengan berperanan dalam institusi keluarga, peratus guna tenaga wanita di negara ini juga telah melebihi 55%.

Kedudukan wanita bekerja di negara ini pula melebihi 36% di sektor awam. Malah bilangannya pada kedudukan tertinggi meningkat termasuklah di JUSA.

Justeru, bagi memastikan golongan ini dapat berperanan sebaiknya, hak dan keperluan mereka perlu diberikan dengan sebaiknya juga.

Kerajaan yang bercita-cita untuk membina kesejahteraan dalam negara, perlu memastikan kebajikan golongan wanita terjaga baik dari sudut pendidikan, kesihatan, keselamatan mahupun kestabilan ekonomi.

Semua ini diambil berat oleh Perikatan Nasional. Keseimbangan dalam usaha memperkasakan peranan wanita akan disentuh secara menyeluruh.

Saya yakin dengan sokongan daripada pihak kerajaan, kaum wanita dengan sifat fitrah penyayangnya tidak akan lokek untuk memberi sepenuh hati kepada keluarga, masyarakat dan negara.

Demi kesejahteraan wanita, keluarga, masyarakat, undilah Perikatan Nasional.

Bersama Perikatan Nasional, kita membina wanita hebat demi sebuah Malaysia yang sejahtera.

#BersihdanStabil
#MalaysiaSejahtera



(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2022-10-25 04:25:07

#pas

#pas
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook