Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Dato' Mumtaz anggap PRU15 pertandingan sihat antara sahabat

Dato' Mumtaz anggap PRU15 pertandingan sihat antara sahabat

TUMPAT - Calon Perikatan Nasional (PN) yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan YB Dato’ Mumtaz Md Nawi menyifatkan usaha beliau untuk mempertahankan kerusi Parlimen Tumpat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) adalah pertandingan sihat sesama sahabat.
“Apabila kita menerima sistem demokrasi, semua yang bertanding adalah sahabat. Kita mahu pertandingan yang sihat berlandaskan dasar, maklumat dan kebenaran serta fakta.
Kita tidak mahu bertanding kerana sentimen. Apabila sentimen turun semangat pun hilang. Sebab itulah kita mahu setiap kempen berdasarkan fakta,” katanya ketika ditemui media.
Kerusi Parlimen Tumpat menyaksikan pertembungan lima penjuru antara beliau dengan Calon Barisan Nasional Dato’ Che Abdullah Md Nawi, Calon Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) Che Muhammad Aseri Che Ali, Calon Pakatan Harapan (PH) Wan Johari Wan Omar dan terakhir dari Parti Warisan Khairul Azuan Kamarrudin.
Tambahnya, bandar Tumpat yang sememangnya terkenal dengan kepesatan penduduk berbilang kaum mencecah 178 ribu amat berpadanan dengan bertembungan lima penjuru daripada calon-calon yang hebat dan berwibawa.
Semua calon parlimen Tumpat itu diumumkan Pengurus Pilihan Raya Negeri, Rusdyee Abdullah di pusat penamaan calon Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat, pagi tadi.
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook