Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Dr Sam, Dari Leeds Ke Wisma Darul Iman! Susuk yang begitu gah dalam politik nasional kini bukanlah ...

Dr Sam, Dari Leeds Ke Wisma Darul Iman! Susuk yang begitu gah dalam politik nasional kini bukanlah ...



Dr Sam, Dari Leeds Ke Wisma Darul Iman!

Susuk yang begitu gah dalam politik nasional kini bukanlah daripada latar belakang aktivis politik atau daripada keluarga ahli politik yang besar.

Nak tahu tak Dr Sam sebelum masuk politik ialah seorang pensyarah dah saintis?

Beliau ni memang ada jalur pendidikan yang cukup jelas dan BEST!

Memulakan ijazah dalam bidang Mechanical and Materials Engineering di Universiti Kebangsaan Malaysia pada 1993 sebelum beliau mengembangkan ilmu beliau terbang ke Leeds, United Kingdom bagi menyambung masters dalam bidang Combustion and Energy di Centre for Combustion Studies, University of Leeds.

Peluang merantau di negeri orang tidak dipersiakan. Anak jati Besut, Terengganu ini akhirnya melengkapkan pakej akademik beliau dalam PhD in Aeroengine Ignition and Combustion, High Altitude Engine Failure), di School of Mechanical Engineering, University of Leeds, UK pada 2001

Tudia, dengar latar belakang akademik dah meremang bulu roma.

Habis pengajian Dr Sam terus menabur bakti kepada masyarakat dan anak muda negara menerusi khidmat beliau sebagai pensyarah di Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa di Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia dari 2001 hingga 2006. Pada 2006 beliau telah dianugerahkan gelaran Professor Madya.
Kalau nak cerita pasal sumbangan beliau memang panjang. Tapi sudah tentu yang kita tak boleh tinggal adalah sumbangan kepakaran beliau sebagai pnganalisis Kejuruteraan Aeroangkasa yang turut sama membantu dalam Tragedi MH370 dan MH17.

Sepanjang di UPM beliau telah mendapat beberapa anugerah sebagai bukti kecemerlangan kerja buat beliau. Antaranya anugerah Khidmat Cemerlang, Universiti Putra Malaysia pada 2003 dan 2004 serta anugerah Penyelidik Cemerlang Universiti Putra Malaysia, 2005.

Bukan sahaja Malaysia, beliau juga pernah mendapat pengiktirafan daripada badan luar negara seperti anugerah Pencapaian Khas yang diperolehi beliau dari Federal Agency for Industry (ROSPROM), Russian Federation sempena World Exhibition of Innovation, Research & NewTechnologies di Brussels pada 2005.

Itu dia, nak cerita dan tulis pun penat. Tetapi melihatkan latar belakang akademik yang cukup panjang dan hebat, tak peliklah kalau budaya politik kasih sayang dan matang sejahtera itu sangat subur di Terengganu.

Dah Menteri Besar dia seorang profesional,maka kerja buat pun sudah pasti sesuai dengan kapasiti intelektual dimiliki.

Jadi rakyat Malaysia, ini baru satu wakil daripada PAS dan Perikatan Nasional. Kat luar sana ada ramai lagi, menanti diseru dengan tugasan demi rakyat dan negara.

Buat pilihan bijak, undilah Perikatan Nasional yang BEST!

#PrihatiN
#BersihdanStabil
#PNBEST



(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2022-11-15 06:00:06

#pas

#pas
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook