Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

GABUNGAN BN DAN PH DI PERAK, SYAARANI GADAI PRINSIP DEMI JAWATAN MB Pengerusi BN Perak nampaknya cu...

GABUNGAN BN DAN PH DI PERAK, SYAARANI GADAI PRINSIP DEMI JAWATAN MB Pengerusi BN Perak nampaknya cu...






GABUNGAN BN DAN PH DI PERAK, SYAARANI GADAI PRINSIP DEMI JAWATAN MB

Pengerusi BN Perak nampaknya cuba menegak benang yang basah. Penafian mahukan jawatan MB dengan menerima tawaran menjadi MB oleh PH adalah suatu perkara yang sama. Tidak timbul soal tawaran jika benar beliau berprinsip.

Menipu tiadanya perbincangan dengan PN juga adalah kesilapan besar Saarani. Memulakan suatu langkah songsang untuk bersama-sama dengan DAP melalui jalan singkat, semata-mata untuk jawatan dengan menggadai prinsip UMNO sendiri.

Adakah beliau akan dianggap cerdik oleh ahli UMNo dengan menerima gabungan PH yang didominasi oleh DAP?

Apakah beliau yakin gabungan ini boleh menatijahkan kerajaan stabil dan makmur dengan pakatan yang tidur sebantal, mimpi lain-lain?

Bagaimana dengan penerimaan ahli UMNO Perak terhadap pemilihan gabungan ini?

Justeru, soalan-soalan ini saya tinggalkan untuk disantuni jawapannya oleh Saarani dan mereka yang terlibat gabungan. Tentunya yang paling gembira adalah DAP kerana Perak telah menjadi Pulau Pinang kedua bagi mereka.

Inilah barangkali yang disebut menang sorak, kampung tergadai, kesian.

Salam hormat.

Mohamad Kamal Mohamed
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan

27 Rabiul Akhir 1444 / 22 November 2022

(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2022-11-22 01:42:59

#pas

#pas
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook