Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

GANO BENA ISU AIR KELATE? SIRI 3, 4

GANO BENA ISU AIR KELATE? SIRI 3, 4



GANO BENA ISU AIR KELATE? SIRI 3, 4

KOTA BHARU - Menurut Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA) Dato' Sri Tuan Ibrahim Tuan Man, empat Loji Rawatan Air (LRA) baharu telah siap sepenuhnya dan kini mula beroperasi, antaranya di LRA Kampung Teluk, LRA Mini Telok Mesira, LRA Mini Ketereh, dan juga di LRA Mini Jelawat.

"Insya Allah, setelah semua LRA baharu mula beroperasi dengan kapasiti penuh, maka kadar liputan bekalan Air Kelantan boleh ditingkatkan daripada 73.1 peratus kepada 80 peratus.

Bagi mengurangkan Kadar Air Tidak Terhasil (NRW) yang telah mencecah 52.6 peratus, maka kerja-kerja pemasangan meter System Input Volume, penggantian meter pengguna, pembaikan tangki dan penyediaan Geographic Information System dilakukan dengan kos RM69.95 juta," katanya.

Sementara itu, bagi menenuhi unjuran permintaan air yang tinggi menjelang tahun 2030 sehingga mencecah 860 Juta Liter Sehari, KASA telah mencadangkan projek pembinaan Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) dan Loji Rawatan Air Bersepadu dengan kapasiti 500 Juta Liter Sehari di Machang.

Justeru itu, permohonan projek ini telah dibuat di bawah Rolling Plan Ketiga RMKe-12 yang mana rizab margin air dijangka meningkat sehingga 30 peratus dan melibatkan hampir keseluruhan jajahan di Kelantan.

Ikuti berita dalam Buletin Darulnaim.

#ViraliyatBerita4ptg





(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2022-11-17 08:04:15

#semasa

#semasa
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook