Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

KELANTAN MAJU RAKYAT SEJAHTERA

Bandar Dato’ Bentara Gua Musang, Madinah As-Salam Tunjong, Taman Per...

KELANTAN MAJU RAKYAT SEJAHTERA Bandar Dato’ Bentara Gua Musang, Madinah As-Salam Tunjong, Taman Per...



KELANTAN MAJU RAKYAT SEJAHTERA

Bandar Dato' Bentara Gua Musang, Madinah As-Salam Tunjong, Taman Perindustrian IBS Machang, dan Taman Industri Tok Bali adalah empat bandar baharu yang telah memulakan kerja-kerja awalnya bagi memenuhi peluang pekerjaan dan keperluan penduduk dalam tempoh lima tahun ini.

Kita berjaya mengukuhkan prestasi kewangan dengan peningkatan kutipan hasil dan mengukuhkan perbelanjaan secara berhemat.

Belanjawan secara surplus juga berjaya dikekalkan sejak 2018 dan insya Allah tahun ini pun jangkaan kita akan perolehi bajet lebihan.

Bagi tahun 2023, Kelantan memperuntuk sejumlah RM1.62 bilion bagi membangunkan ekonomi negeri secara inklusif berteraskan kewangan teguh, lestari, cakna rakyat, kebajikan, memakmurkan ekonomi, galakan pelancongan dan pembangunan modal insan.

Ikuti sambungan sidang belanjawan negeri esok. Insya Allah.

...
-Baca seterusnya...
2022-11-26 14:11:01

#pimpinan

#pimpinan
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook