Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

KENYATAAN MEDIA BERHUBUNG TULAR KENYATAAN PENGGABUNGAN PERIKATAN NASIONAL DAN BARISAN NASIONAL SELEP...

KENYATAAN MEDIA BERHUBUNG TULAR KENYATAAN PENGGABUNGAN PERIKATAN NASIONAL DAN BARISAN NASIONAL SELEP...



KENYATAAN MEDIA BERHUBUNG TULAR KENYATAAN PENGGABUNGAN PERIKATAN NASIONAL DAN BARISAN NASIONAL SELEPAS PRU-15

Berdasarkan kepada kenyataan media berkenaan penggabungan Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) selepas PRU-15, maka saya ingin tegaskan di sini bahawa kenyataan saya telah diambil di luar konteks dan tajuknya juga adalah mengelirukan pengundi.

Saya ingin tegaskan di sini bahawa saya berkeyakinan penuh PN akan dapat membentuk kerajaan secara bersendirian dan Perdana Menteri adalah daripada Perikatan Nasional. Kami percaya rakyat akan lebih yakin dengan tema PN iaitu prihatin, bersih dan stabil.

Dengan kenyataan yang jelas ini maka sebarang kenyataan berhubung kerjasama dengan BN tidak berbangkit dan kami di PN berkeyakinan akan membentuk kerajaan bersendirian selepas PRU-15.

DATUK SERI HAJI TAKIYUDDIN HASSAN
Setiausaha Agung
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

15 November 2022 | 20 Rabiulakhir 1444H



(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2022-11-15 06:30:48

#pas

#pas
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook