Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

KENYATAAN MEDIA PAS AKUR KEPUTUSAN KDYMM YANG DI-PERTUAN AGONG PAS mengucapkan syukur ke hadrat Al...

KENYATAAN MEDIA PAS AKUR KEPUTUSAN KDYMM YANG DI-PERTUAN AGONG PAS mengucapkan syukur ke hadrat Al...



KENYATAAN MEDIA
PAS AKUR KEPUTUSAN KDYMM YANG DI-PERTUAN AGONG

PAS mengucapkan syukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana kemelut kepimpinan negara pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) tidak berterusan dan dapat diselesaikan dengan harmoni dan damai. PAS menerima dengan redha dan hati terbuka segala ketentuan Allah yang tentunya mempunyai hikmatnya yang tersendiri.

PAS menjunjung kasih dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah ke hadapan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di atas kebijaksanaan melaksanakan fungsi Baginda berdasarkan kuasa yang diperuntukkan di bawah undang-undang khususnya dalam soal perlantikan Perdana Menteri berdasarkan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a), Perlembagaan Persekutuan.

PAS turut mengucapkan tahniah kepada YAB. Dato' Seri Anwar Ibrahim yang telah diperkenan dan dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-10. PAS yakin beliau akan melaksanakan tanggungjawab dengan baik, adil dan ehsan serta turut mengutamakan konsep federalisma yang wajar kepada seluruh negeri-negeri dan rakyat jelata.

Mengenai tawaran YAB. Perdana Menteri kepada Perikatan Nasional (PN) untuk menyertai Kerajaan Perpaduan pimpinannya, PAS mengucapkan terima kasih seterusnya dalam waktu terdekat akan membincangkan perkara ini dengan rakan-rakan komponen dalam PN di samping turut sama meninjau pandangan dan kesediaan rakyat khususnya para pengundi yang telah memberikan undi yang amat memberangsangkan kepada PAS dan PN dalam PRU-15 yang lalu.


"MALAYSIA SEJAHTERA"

Takiyuddin Hassan
Setiausaha Agung PAS
Bertarikh: 25 November 2022

...
-Baca seterusnya...
2022-11-25 02:55:51

#pimpinan

#pimpinan
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook