Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

KERAJAAN NEGERI CADANG NAIKTARAF PELAN PERANCANGAN SALIRAN DAN PERPARITAN  KOTA BHARU - Dalam usaha...

KERAJAAN NEGERI CADANG NAIKTARAF PELAN PERANCANGAN SALIRAN DAN PERPARITAN KOTA BHARU - Dalam usaha...



KERAJAAN NEGERI CADANG NAIKTARAF PELAN PERANCANGAN SALIRAN DAN PERPARITAN

KOTA BHARU - Dalam usaha untuk mewujudkan sistem perparitan yang lebih efisien, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri bersama Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kelantan sedang menyediakan Pelan Perancangan Saliran dan Perparitan di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan Negeri (PBT).

Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti Negeri, YB Dato' Sr. Azami Mohd Nor berkata, penyediaan pelan tersebut sebagai panduan kepada PBT dan Jabatan-Jabatan Teknikal berhubung dengan kawasan berpotensi banjir dalam menyediakan cadangan menaiktaraf saliran dan perparitan.

"Bagi membina sistem perparitan yang sempurna, antaranya keperluan minima adalah melibatkan 2 kompenan iaitu rizab jalan bagi menampung kelebaran longkang dan perparitan sedia ada untuk tujuan air buang atau discharge outlet seperti longkang, kolam takungan dan sungai.

Memandangkan kebanyakan jalan kampung mempunyai kelebaran yang sempit, kerajaan perlu membahagikan perancangan bagi mewujudkan sistem perparitan ini kepada keutamaan membina perparitan bagi kawasan yang mempunyai rizab jalan yang mencukupi," katanya semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.

Sementara itu, jelasnya bantuan daripada ahli-ahli yang berhormat diperlukan untuk memaklumkan kepada orang-orang kampung mengenai cadangan pengambilan tanah bagi tujuan membuat sistem perparitan supaya mereka mendapat gambaran yang jelas, manakala bagi jalan-jalan di bawah PBT pula, pihak urusetia dicadangkan merujuk kepada Bahagian Kerajaan Tempatan (KT) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.



(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2022-11-27 09:37:45

#semasa

#semasa
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook