Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

KERJA-KERJA GANTIAN PAIP BERJALAN MENGIKUT JADUAL

KOTA BHARU – Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerja...

KERJA-KERJA GANTIAN PAIP BERJALAN MENGIKUT JADUAL KOTA BHARU – Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerja...



KERJA-KERJA GANTIAN PAIP BERJALAN MENGIKUT JADUAL

KOTA BHARU – Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti Negeri, YB Dato' Sr. Azami Mohd Nor, kerja-kerja penggantian paip lama kepada paip baharu yang bermula pada tahun 2018 yang lalu dijangka akan siap menjelang tahun 2024.

"Perbelanjaan penukaran paip lama kepada baharu yang melibatkan tiga jajahan iaitu di Tumpat, Kota Bharu, dan Gua Musang dengan sepanjang 91 Kilometer (KM) telah menelan perbelanjaan sebanyak RM 73.6 juta,

Manakala, di bawah pakej tiga yang melibatkan Kota Bharu Utara, Kota Bharu Timur, Tumpat, Kota Bharu Utara 11, dan Kota Bharu Selatan pula kini masih dalam proses penyediaan dokumen tender, dan cadangan projek yang melibatkan penyediaan paip sepanjang 95.0 km dijangka siap pada 2024," ulasnya.

Beliau berkatanya demikian semasa menjawab soalan daripada ADUN Tanjong Mas semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.

Bagaimanapun tambahnya, cadangan kerja penggantian paip lama dan uzur kepada paip baru tahun 2019 dengan melibatkan perbelanjaan sebanyak RM 141.2 Juta yang merangkumi Jajahan Tanah Merah, Kuala Krai dan Kota Bhrau serta Machang sepanjang 226 KM juga dijangka siap pada tahun 2024.

Sementara itu, pembinaan telaga di Loji RAwatan Air (LRA) Tanjong Mas di bawah pakej satu masih dalam proses pembinaan dan tarikh masuk tapak adalah pada 15 November 2021.

"Mengikut perkembangan terbaharu LRA Tanjong Mas kini sudah masuk 77 peratus, tetapi perkembangan sebenar adalah pada tahap 70 peratus, yang akan melibatkan kapasiti 30 juta liter sehari mengikut perancangan asal,

Sedikit masa lagi, apabila siap kesemua kerja ini, bekalan air bersih dinegeri ini akan berjaya dipulihkan dan bakal memberi manfaat kesemua rakyat di sini hari ini,"jelasnya.

Dalam perkembangan yang sama, ketika menjawab soalan tambahan daripada ADUN Galas YB Mohd Syahbuddin Hashim, katanya proses penukaran paip di Kelantan sebahagiannya adalah di bawah seliaan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB).

#ViraliyatBerita4ptg



(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2022-11-27 08:21:48

#semasa

#semasa
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook