Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

LADANG MUSANG KING BUKA PELUANG KERJA UNTUK RAKYAT - EXCO PERTANIAN KOTA DARULNAIM -  Pembukaan lad...

LADANG MUSANG KING BUKA PELUANG KERJA UNTUK RAKYAT - EXCO PERTANIAN KOTA DARULNAIM - Pembukaan lad...



LADANG MUSANG KING BUKA PELUANG KERJA UNTUK RAKYAT - EXCO PERTANIAN

KOTA DARULNAIM - Pembukaan ladang Durian Musang King di Gua Musang dan Lojing telah banyak membuka peluang pekerjaan kepada penduduk sekitar khususnya dalam bidang pengurusan ladang, pembersihan ladang, pembajaan dan tuaian hasil.

Demikian menurut Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar, YB Ustaz Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail pada Persidangan Kali Yang Ketiga (Belanjawan) Bagi Tempoh Penggal Yang Kelima Dewan Negeri Kelantan Ke-14.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan bertulis daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, YB Syahbuddin Hashim berhubung manfaat yang diterima penduduk sekitar dengan pembukaan ladang Durian Musang King di Gua Musang.

Katanya, kini penanaman durian D197 di jajahan Gua Musang membabitkan
usahawan berskala besar seperti Syarikat Sindiyan GM Kunyit Musang King (Tina), Syarikat M7 dan juga usahawan petani berskala sederhana.

"Bagi kawasan Lojing dilaporkan penanaman durian D197 adalah membabitkan kawasan 400 hektar meliputi Syarikat Sindiyan, 250 hektar dan Syarikat M7, 120 hektar.

Kawasan-kawasan lain di jajahan Gua Musang membabitkan usahawan-usahawan skala sederhana 50 hektar di Chiku, 30 hektar di Bertam, 5 hektar di Renok dan 55 hektar di Gua Musang," katanya.

Tambahnya, empat ladang Durian Musang King yang telah dibuka di Lojing iaitu Ladang Sindiyan Group Sdn. Bhd., Ladang Jati Kisana Sdn. Bhd., Ladang M7 Plantation Sdn. Bhd. dan Ladang Musang Valley Plantation Sdn. Bhd.

Ikuti berita selanjutnya dalam Buletin Darulnaim.



(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2022-11-24 10:02:37

#semasa

#semasa
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook