Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Legasi Tok Guru diterus pimpinan PAS, kerajaan negeri

Legasi Tok Guru diterus pimpinan PAS, kerajaan negeri

KOTA BHARU: Tiada istilah mematikan legasi Allahyarham Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat ekoran pengguguran anaknya Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz sebagai penyandang kerusi Parlimen Bachok pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Timbalan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Nik Abduh sebaliknya secara sukarela memberi ruang kepada calon baharu untuk bertanding pada PRU ini.

Malah katanya, segala dasar dan polisi Tok Nik Aziz akan diteruskan dalam mengemudi kepimpinan PAS dan kerajaan negeri yang ada sekarang.

"Oleh itu tidak timbul isu mematikan legasi Allahyarham Tok Guru Nik Abdul Aziz kerana perjuangan bukan individu, sebaliknya dasar Islam yang diperjuangkan.

"Segala dasar dan polisi arwah Tok Guru juga kita teruskan, justeru tidak timbul sebarang isu boikot," katanya ketika ditemui selepas majlis pengumuman calon PERIKATAN NASIONAL (PN) Kelantan yang akan bertanding pada PRU-15, 19 November ini.

Pada PRU tersebut tempat Nik Abduh diganti seorang pemimpin profesional muda Syahir Che Sulaiman di kerusi parlimen Bachok.

Tuan Ibrahim yang juga Menteri Alam Sekitar berkata, sepanjang kempen PRU15 Nik Abduh akan membantu calon Syakir di kawasan Parlimen berkenaan.

Malah katanya Nik Abduh turut menyokong komitmen kepimpinan PAS mengganti tempatnya di parlimen Bachok.

PN Kelantan malam tadi memperkenalkan enam muka baharu yang akan bertanding pada PRU15 bertempat di Dataran Warisan, Stadium Sultan Muhammad IV.

Pengumuman calon tersebut dibuat Pengerusi PN Kelantan, Ustaz Dato' Bentara Kanan Ahmad Yakob. Hadir sama Pengerusi Bersatu Kelantan Dato’ Kamaruddin Mohd Nor dan wakil Gerakan negeri.

Muka baharu terbabit iaitu Syahir, anggota Exco kerajaan negeri Dato' Mumtaz Md Nawi bagi Parlimen Tumpat, Wan Ahmad Fasyhal Wan Kamal (Machang), Zahari Kechik (Jeli), Dato' Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang),
Mejar Jeneral (B) Dato’ Khlir Mohd Nor (Ketereh).

Calon baharu tersebut dua dari PAS iaitu Mumtaz dan Syahir, manakala empat lagi mewakili Bersatu. Mereka bertanding menggunakan logo PAS.

Manakala kerusi Tanah Merah kekal ditandingi Dato' Seri Ikmal Hisyam Abdul Aziz (Bersatu), penyandang lain iaitu Tuan Ibrahim (Kubang Kerian),
Dato’ Seri Takiyuddin Hassan (Kota Bharu), Ahmad Fadhli Shaari (Pasir Mas).

Selain itu Dato' Ahmad Marzuk Shaary (Pengkalan Chepa), Dato' Siti Zailah Mohd Yusoff (Rantau Panjang), Dato' Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh (Pasir Puteh) dan Abdul Latiff Abdul Rahman (Kuala Krai). (AM) 
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook