Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Pagi tadi saya bertemu dengan tokoh-tokoh masyarakat di Negeri Kelantan bersama YAB Menteri Besar Ke...

Pagi tadi saya bertemu dengan tokoh-tokoh masyarakat di Negeri Kelantan bersama YAB Menteri Besar Ke...



Pagi tadi saya bertemu dengan tokoh-tokoh masyarakat di Negeri Kelantan bersama YAB Menteri Besar Kelantan, Dato' Bentara Kanan Ustaz Haji Ahmad Yakob.

Saya menjelaskan bahawa Allah SWT menjadikan perjalanan Islam di dunia ini ada pasang dan surutnya sebagai ujian kepada manusia. Ramai orang yang boleh bersabar dan bertahan ketika diuji dengan kepayahan, namun saat diuji dengan kesenangan, ramai yang bersikap leka dan lalai, malah sedikit sekali mereka yang bersyukur.

Sejarah pernah membuktikan, apabila umat Islam diuji dengan kemenangan, mereka mulai alpa dalam mengerjakan ketaatan dan meninggalkan kemungkaran. Akibatnya, umat Islam menerima azab di dunia apabila dijajah oleh musuh-musuh Islam.

Namun, Allah SWT telah berjanji bahawa cahaya Islam ini tidak sekali-kali boleh dipadamkan. Islam akan sentiasa dipertahankan oleh kumpulan dan gerakan Islam, termasuk oleh para pemimpin, ulama', pejuang, dan rakyat tempatan.

Kita berdoa, mudah-mudahan Allah SWT menggolongkan kita dalam kalangan yang sentiasa istiqamah memperjuangkan Islam, baik pada masa kita menang atau kalah, mahupun pada masa kita senang atau susah.

#MalaysiaSejahtera
#BersihDanStabil
#BEST
#TurunMengundi





















(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2022-11-07 08:32:14

#pimpinan

#pimpinan
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook