Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

PELBAGAI PROGRAM RANCAKKAN INDUSTRI PERIKANAN KELANTAN

PELBAGAI PROGRAM RANCAKKAN INDUSTRI PERIKANAN KELANTAN



PELBAGAI PROGRAM RANCAKKAN INDUSTRI PERIKANAN KELANTAN

KOTA DARULNAIM – "Sehingga September tahun ini, empat daerah marin menunjukkan prestasi pendaratan ikan marin yang positif ke arah mencapai sasaran 61,000 metrik tan setahun."

Demikian ucapan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar Negeri Kelantan dalam Persidangan Kali Yang Ketiga (Belanjawan) bagi Tempoh Penggal yang Kelima, Dewan Negeri Kelantan Ke empat belas, hari kedua, hari ini.

Menurut beliau, pihak Jabatan Perikanan Negeri Kelantan sentiasa mengadakan program pembangunan nelayan untuk memastikan sektor perikanan tangkapan aktif beroperasi bagi menjamin bekalan makanan sumber protein mencukupi khususnya kepada rakyat Kelantan.

"Antara program yang telah dilaksanakan oleh Jabatan tersebut ialah memperuntukkan RM270,000 untuk program pembangunan melabuh Tukun Tiruan Penghalang Pukat Tunda di Perairan Tok Bali, Pasir Puteh," katanya.

Selain daripada meningkatkan aktiviti penguatkuasaan secara berkala oleh Pasukan Penguatkuasaan, turut diberikan ialah peruntukan pembangunan negeri di bawah Pembangunan unjam yang pastinya dapat memberi manfaat kepada nelayan tradisi dan meningkatkan pendaratan.

Tambahnya lagi, melalui program kesejahteraan nelayan, Kerajaan Negeri juga telah memperuntukkan sebanyak RM975 ribu pada tahun ini bagi membantu dan meringankan kos nelayan dalam sektor perikanan tangkapan dan juga ternakan akuakultur.





(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2022-11-27 08:35:59

#semasa

#semasa
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook