Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

PENDUDUK KREATIF BERKEMPEN, HASILKAN REPLIKA HELIKOPTER

PENDUDUK KREATIF BERKEMPEN, HASILKAN REPLIKA HELIKOPTER



PENDUDUK KREATIF BERKEMPEN, HASILKAN REPLIKA HELIKOPTER

BACHOK – Replika helikopter sebagai simbolik bawa calon ke Putrajaya yang terletak di Kampung Budi mampu menarik minat pengunjung tempatan dan luar untuk mengambil gambar dan melihat sendiri replika itu secara dekat.

Damsali Abdullah, 57 selaku jurutera pembinaan replika helikopter tersebut berkata, pembinaan replika itu mengambil masa 25 hari untuk disiapkan secara gotong royong oleh penduduk kampung pada PRU-14 yang lepas dengan membabitkan kos sebanyak RM8,000 yang dikutip secara sumbangan oleh penduduk kampung.

"Bagi PRU-15 ini, replika helikopter itu yang disimpan elok, kemudiannya ditambahbaik dengan kos RM2,000 untuk dipamerkan kembali kepada orang ramai dengan rekabentuk yang lebih menarik sebagaimana rupa model helikopter sebenar," katanya.

Beliau yang pernah berkhidmat sebagai jurutera elektrik di sebuah syarikat swasta suatu masa dulu berkata, model helikopter tersebut dibina berdasarkan idea asal dirinya sendiri dengan menggunakan tiga bahan utama iaitu besi, plywood dan polycarbonate untuk kerangka badan helikopter.

Tambah beliau, yang menariknya helikopter tersebut juga boleh bergerak kerana menggunakan generator ACDC dan kipasnya boleh berpusing serta lampu yang dipasang dapat menyala dengan baik dengan bantuan sistem inverter daripada bateri ke tenaga elektrik.

"Selain itu uniknya helikopter ini ialah ianya mampu mengeluarkan bunyi seakan helikopter asal dan untuk masa akan datang sistem solar akan digunakan," katanya ketika ditemui hari ini.

Sementara itu, Ketua cawangan UDM Tok Jawa, Mohamed Kasim sulaiman, 69 atau dikenali juga dengan panggilan Pak Su Mat berkata, tujuan utama replika tersebut dibuat ialah sebagai tarikan kepada orang ramai untuk berkunjung dan kenal Kampung Budi.

"Semalam juga telah datang pengunjung daripada Johor dan Singapura untuk melihat sendiri suasana pilihanraya di Malaysia dan khususnya di Kelantan," katanya.







(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2022-11-16 14:23:15

#semasa

#semasa
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook