Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

PERTINGKAT ADVOKASI PENDIDIKAN DI TUMPAT - DATO' MUMTAZ

PERTINGKAT ADVOKASI PENDIDIKAN DI TUMPAT - DATO' MUMTAZ



PERTINGKAT ADVOKASI PENDIDIKAN DI TUMPAT - DATO' MUMTAZ

TUMPAT – Ahli Parlimen Tumpat, Dato' Mumtaz Md berhasrat untuk meningkatkan advokasi pendidikan di Tumpat khususnya institusi pondok bagi melahirkan masyarakat yang dididik ke arah pembentukan budaya sihat dan harmoni antara kaum.

Hasrat itu dizahirkan kerana Tumpat tersohor dalam kalangan masyarakat tempatan dan luar dengan kewujudan pondok tradisional yang terkemuka yang sudah pun melahirkan ulama di Kelantan.

Antara pondok yang awal dibuka di Tumpat ialah Pondok Haji Abdul Malik pada tahun 1907 dan Pondok Haji Yusuf Pulau Ubi di Getting pada tahun 1908 dan kini antara yang popular ialah Pondok Berangan yang terletak di Kampung Berangan.

Beliau yang juga Ahli Kesatuan Ulama Sedunia bersama Tan Sri Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan almarhum Sheikh Yusuf al Qardhawi, mengunjungi enam buah pondok di Tumpat semasa berkempen dalam Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15).

Beliau juga menziarahi Timbalan Mufti Kelantan, Dato' Nik Abdul Kadir Nik Mohamad yang juga anak kelahiran Tumpat untuk memohon doa restu dan keberkatan agar parti Islam beroleh kemenangan.

Sebelum ini, Dato' Mumtaz adalah antara pemimpin yang mengusulkan idea bernas kepada Kerajaan Negeri untuk menubuhkan Pondok Wanita Kelantan sebagaimana termaktub dalam hala tuju portfolio Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan.







(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2022-11-25 00:56:33

#semasa

#semasa
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook