Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

PERUNTUKAN RM 8,267,860.00 RANCAKKAN PERTANIAN DI KELANTAN

PERUNTUKAN RM 8,267,860.00 RANCAKKAN PERTANIAN DI KELANTAN



PERUNTUKAN RM 8,267,860.00 RANCAKKAN PERTANIAN DI KELANTAN

PASIR PUTEH – Kelantan salah sebuah negeri yang menyumbang kepada pengeluaran makanan negara telah menerima peruntukan RM 8,267,860.00 daripada Jabatan Pertanian Malaysia bagi tahun 2022 untuk dimanfaatkan kepada 2,375 petani negeri Kelantan yang melibatkan 921.88 hektar kawasan dan 1,103 projek di negeri ini.

Sebahagian daripada jumlah tersebut iaitu RM 1,836,264.00 telah diluluskan kepada 484 petani atau penerima di Jajahan Pasir Puteh yang membabitkan keluasan 183.88 hektar bagi tahun 2022.

Terdapat 13 program atau projek yang terlibat, antaranya ialah Projek tanaman sayur-sayuran, projek tanaman jangka pendek, Projek Rezeki Tani, Program Agropreneur muda, Pengukuhan myGAP dan myORGANIK.

Demikian ucapan mantan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Dr Nik Zawawi Salleh di Pejabat Pertanian Jajahan Pasir Puteh ketika merasmikan Majlis Penyerahan Insentif Projek Pembangunan Persekutuan Jabatan Pertanian Tahun 2022 Peringkat Jajahan Pasir Puteh, hari ini.

Dalam majlis tersebut, 70 penerima telah menerima insentif berbentuk input dan peralatan pertanian, manakala penerima selebihnya telah disampaikan sebelum ini lagi.

"Melalui bantuan kerajaan yang disalurkan ini, diharapkan dapat meringankan beban para petani terlibat untuk menjalankan kerja-kerja pertanian seterusnya merancakkan lagi aktiviti pertanian di Kelantan," katanya yang juga calon Parlimen Pasir Puteh bagi PRU-15.

#KelantanJelapangMakanan











(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2022-11-08 06:30:01

#semasa

#semasa
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook