Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

PURATA RM12.8 JUTA DIAGIH KEPADA MANGSA BANJIR

KOTA DARULNAIM –  Exco Kebajikan negeri, YB Dato’ Mu...

PURATA RM12.8 JUTA DIAGIH KEPADA MANGSA BANJIR KOTA DARULNAIM – Exco Kebajikan negeri, YB Dato’ Mu...



PURATA RM12.8 JUTA DIAGIH KEPADA MANGSA BANJIR

KOTA DARULNAIM – Exco Kebajikan negeri, YB Dato' Mumtaz Md Nawi memaklumkan 12,753 Ketua Isi Rumah (KIR) di parlimen Rantau Panjang telah menerima agihan bantuan mangsa banjir melibatkan peruntukan RM12,753,000.

Katanya, sumbangan kerajaan tersebut diagih melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Pasir Mas yang bertanggungjawab menyelaraskan pembahagian Bantuan Wang Ihsan (BWI) RM1,000 setiap KIR mengikut parlimen Pasir Mas dan Rantau Panjang.

Beliau turut menjelaskan, Kerajaan Persekutuan melalui Agensi Pengurusan Bencana Negera (NADMA) telah menyalurkan peruntukan kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan bagi sumbangan BWI sejumlah RM33,150,000 untuk Monsun Timur Laut (MTL) bagi tahun 2021 dan 2022.

"Kerajaan Negeri Kelantan melalui Pejabat Pembangunan Negeri telah menyalurkan RM24,269,000 kepada Ketua Jajahan Pasir Mas untuk diagihkan kepada mangsa-mangsa bencana banjir melibatkan 24,215 KIR bagi jajahan Pasir Mas.

Dana itu merangkumi yang mangsa yang meninggal dunia, berpindah ke PPS dan yang tidak berpindah ke PPS.

Manakala bagi sumbangan Bantuan Barangan Keperluan Asas (BBKA) pula, diperuntukkan RM2,500 bagi seisi rumah untuk mengganti peralatan dan perabot yang rosak termasuk kediaman yang ditenggelami air.

Peruntukan BBKA diurus selia oleh Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan, ICU JPM.

Penerima BWI juga layak menerima sumbangan BBKA sekiranya rumah mereka ditenggelami air," katanya ketika menjawab soalan ADUN Gual Periok, YB Dato' Mohamd Awang dalam Sidang DUN pada 27 November lalu.



(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2022-11-29 09:13:46

#semasa

#semasa
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook