Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

RM12.42 JUTA BANTUAN IKS DISALUR MENGIKUT DUN

KOTA DARULNAIM – Sehingga kini jumlah keseluruhan usa...

RM12.42 JUTA BANTUAN IKS DISALUR MENGIKUT DUN KOTA DARULNAIM – Sehingga kini jumlah keseluruhan usa...



RM12.42 JUTA BANTUAN IKS DISALUR MENGIKUT DUN

KOTA DARULNAIM – Sehingga kini jumlah keseluruhan usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang berdaftar mengikut Dewan Undangan Negeri (DUN) ialah 2,577 atau secara puratanya 65 usahawan bagi setiap DUN.

Menurut Exco Pembangunan Usahawan, YB Dato' Hanifa Ahmad, pelbagai bantuan telah diberikan kepada mereka dalam bentuk barangan dan kewangan yang menjadikan peruntukan secara keseluruhan adalah RM12.42 juta atau secara puratanya ialah RM276 ribu bagi setiap DUN.

"Jenis bantuan yang disalurkan kepada usahawan di bawah Gerakan Berdikari Rakyat Kelantan ialah bantuan berbentuk peralatan dan modal sebanyak RM2.52 juta.

Berikutnya ialah peruntukan RM900 ribu atau RM20 ribu setiap DUN untuk Bantuan Infrastruktur Usahawan dan Bantuan Tambahan Kewangan melalui YAB Ustaz Dato' Bentara Kanan, Menteri Besar sebanyak RM4.5 juta atau RM100 ribu bagi setiap DUN.

Selain itu, Bantuan Kewangan kepada Usahawan Belia turut disalurkan berjumlah RM100 ribu bagi setiap DUN melalui Exco Belia, Sukan dan NGO yang menjadikan jumlah peruntukan keseluruhan RM4.5 juta," hurainya ketika menjawab persoalan yang diajukan oleh Ahli Dewan Undangan (ADUN) Gaal, YB Mohd Rodzi Ja'far dalam Sidang DUN, hari ini.



(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2022-11-30 07:16:55

#semasa

#semasa
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook