Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Situasi Terkini Banjir Kelantan. Kelantan merekodkan 604 mangsa banjir daripada 182 keluarga yang m...

Situasi Terkini Banjir Kelantan. Kelantan merekodkan 604 mangsa banjir daripada 182 keluarga yang m...



Situasi Terkini Banjir Kelantan.

Kelantan merekodkan 604 mangsa banjir daripada 182 keluarga yang melibatkan 2 jajahan iaitu Pasir Mas dan Tanah Merah.

3 Pusat Pemindahan Sementara dibuka iaitu PPS Sek.Keb Gual Tok Deh, PPS Sek. Keb. Kubang Kual di Jajahan Pasir Mas dan PPS Dewan Serbaguna Padang Kijang, Tanah Merah.

Kerajaan Negeri telah mengenalpasti 442 PPS di seluruh Kelantan yang berkapasiti sehingga 170 ribu mangsa banjir.

Sungai Golok terus menunjukkan trend peningkatan ke tahap paras bahaya.

Saya menyeru kepada penduduk khususnya sekitar lembangan Sungai Golok agar sentiasa berwaspada, patuhi arahan pasukan keselamatan jika perlu berpindah dan awasi anak-anak.

Sama-sama kita berdoa agar negeri kita dihindari daripada banjir besar dan memberi keselamatan kepada kita semua. Rasulullah SAW:

اللَّهُمّ حَوَالَيْنَا وَلَا عَلَيْنَا,اللَّهُمَّ عَلَى الْآكَامِ وَالْجِبَالِ وَالظِّرَابِ وَبُطُونِ الْأَوْدِيَةِ وَمَنَابِتِ الشَّجَرِ

Maksudnya, "Ya Allah, turunkan lah hujan di sekitar kami, bukan untuk merosakkan kami. Ya Allah, turunkanlah hujan ke dataran tinggi, gunung-gunung, bukit-bukit, lembah, dan tempat tumbuhnya pepohonan.

...
-Baca seterusnya...
2022-11-12 10:45:20

#pimpinan

#pimpinan
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook