Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

TAWARAN PN BEST BUAT RAKYAT MALAYSIA

Tawaran Perikatan Nasional bertemakan “PN BEST: Prihatin, Bers...

TAWARAN PN BEST BUAT RAKYAT MALAYSIA Tawaran Perikatan Nasional bertemakan “PN BEST: Prihatin, Bers...



TAWARAN PN BEST BUAT RAKYAT MALAYSIA

Tawaran Perikatan Nasional bertemakan "PN BEST: Prihatin, Bersih dan Stabil" menjadi satu komitmen dan penyelesaian komprehensif yang diperlukan oleh rakyat dan negara ketika ini.

Dalam membina Malaysia yang gemilang dan sejahtera, negara perlu kepada sebuah kerajaan yang PRIHATIN terhadap kehidupan dan kebajikan rakyat, BERSIH daripada rasuah dan segala bentuk penyelewengan dalam tadbir urus serta komited membina kerajaan yang STABIL dan cekap.

Tawaran PN BEST ini merangkumi 12 tunjang utama, 30 pendekatan dan 234 tawaran yang mengambil kira pandangan dan keperluan yang penting kepada rakyat dan negara.

Sebagai bukti komitmen Perikatan Nasional terhadap hal ini, sebuah Jawatankuasa Khas yang dianggotai ahli pakar akan dibentuk bagi memantau pelaksanaan inisiatif dan program yang terkandung dalam Tawaran PN BEST.

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yakin kesemua tawaran PN BEST ini dapat menjadi asas kepada pemulihan negara dan boleh dilaksanakan secara cekap dan berkesan dengan sokongan semua pihak.

Undilah Perikatan Nasional: Prihatin, Bersih dan Stabil.

"Malaysia Sejahtera"

Dato' Haji Mohd Amar Abdullah
Naib Presiden PAS
7 November 2022 | 12 Rabiulakhir 1444H



(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2022-11-07 10:29:11

#pas

#pas
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook