Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

TERIMA KASIH RAKYAT KELANTAN - MB

TERIMA KASIH RAKYAT KELANTAN - MB



TERIMA KASIH RAKYAT KELANTAN - MB

KOTA BHARU – Menteri Besar YAB Ustaz Dato' Ahmad Yakob merakamkan jutaan terima kasih kepada seluruh pengundi dan juga perantau yang berusaha bersungguh-sungguh pulang ke kampung halaman seterusnya menjalankan tanggungjawab dalam memilih pemimpin yang terbaik buat Malaysia.

"Alhamdulillah, terima kasih kepada semua rakyat Kelantan dan juga anak-anak Kelantan yang berada di perantauan yang berpusu-pusu balik mengundi walaupun terdapat kekangan masa dan pelbagai cabaran lain.

Pada masa yang sama, rasa bersyukur kerana diberi anugerah dan kurnia Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bagi peringkat Parlimen Malaysia berjalan dengan penuh lancar dalam keadaan suasana yang begitu aman dan damai," katanya.

Ustaz Dato' Ahmad Yakob juga mendoakan agar Allah mengurniakan ganjaran yang selayaknya kepada semua pihak yang telah melibatkan diri pada PRU-15 ini secara langsung ataupun tidak.

#ViraliyatBerita4ptg







(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2022-11-21 08:00:00

#semasa

#semasa
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook