Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Terima Kasih Rakyat Kelantan Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjat rasa syukur kepada Alla...

Terima Kasih Rakyat Kelantan Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjat rasa syukur kepada Alla...



Terima Kasih Rakyat Kelantan

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjat rasa syukur kepada Allah SWT atas anugerah dan kurnia Pilihan Raya Umum Ke-15 bagi peringkat Parlimen Malaysia berjalan dengan penuh lancar dalam suasana yang begitu aman dan harmoni.

Kesyukuran kehadrat Allah SWT, secara rasmi Perikatan Nasional Kelantan menang semua 14 kerusi parlimen di negeri Kelantan.

Dengan penuh hormat, saya mewakili seluruh kepimpinan Badan Perhubungan Perikatan Nasional Negeri Kelantan merakamkan jutaan terima kasih kepada seluruh pengundi yang telah memberi kepercayaan kepada Perikatan Nasional untuk menjadi ahli Dewan Rakyat mewakili negeri Kelantan pada penggal ke-15.

Ini termasuklah anak-anak Kelantan yang berada di perantauan yang berpusu-pusu balik mengundi walaupun terdapat kekangan masa dan pelbagai cabaran lain.

Terima kasih kerana balik mengundi khasnya memilih Perikatan Nasional sebagai wadah perjuangan.

Kemenangan ini juga adalah hasil dan berkat kerjasama semua dikalangan jentera Perikatan Nasional Negeri Kelantan iaitu PAS, Bersatu dan Gerakan yang berkerja keras sejak awal lagi.

Muafakat dan kerjasama kukuh jentera Perikatan Nasional seluruh kawasan telah menghasilkan gerak kerja yang berkesan dalam menyantuni dan meyakini pengundi, memberi penerangan bagi memastikan kemenangan calon PN.

Untuk itu, setinggi penghargaan saya kepada seluruh kepimpinan Perikatan Nasional Kawasan, jentera Ulama', Wanita dan Muslimat, Pemuda, DHPP serta Assabiqun. Tidak lupa juga kepada Jabatan Pilihanraya Negeri dan Lajnah Penerangan yang memastikan strategi tersusun dan strategi penerangan yang berkesan terutama kepada anak muda.

Semoga Allah mengurniakan ganjaran yang selayaknya kepada semua yang telah menyumbang dan berkhidmat samada dari sudut tenaga, sumbangan harta benda, buah pikiran pada PRU-15 ini.

Tidak lupa juga penghargaan kepada para pegawai dan petugas SPR, pihak keselamatan, anggota kesihatan, rakan media dan semua pihak yang memastikan kelancaran proses pilihan raya pada kali ini.

InsyAllah, saya yakin Perikatan Nasional akan berada dalam Kerajaan Persekutuan yang Prihatin, Bersih dan Stabil pada penggal ini.

Terima Kasih Rakyat.

Dato' Bentara Kanan
Ustaz Dato' Hj Ahmad Bin Yakob
Pengerusi Badan Perhubungan Perikatan Nasional Kelantan/ Menteri Besar Kelantan

...
-Baca seterusnya...
2022-11-20 03:12:50

#pimpinan

#pimpinan
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook