Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

TIADA KERJASAMA DENGAN PH, KINI TERSERAH PADA BN Penegasan PN untuk tidak berkerjasama dengan PH at...

TIADA KERJASAMA DENGAN PH, KINI TERSERAH PADA BN Penegasan PN untuk tidak berkerjasama dengan PH at...






TIADA KERJASAMA DENGAN PH, KINI TERSERAH PADA BN

Penegasan PN untuk tidak berkerjasama dengan PH atas sebab-sebab yang diketahui umum sebagaimana disebutkan dalam sidang media TSMY dan TGHH sejurus keluar dari istana petang tadi adalah jelas dan berprinsip demi kepentingan negara.

Selain itu, kronologi lengkap perjalanan dokumen SD yang mencukupi untuk membentuk kerajaan, melebihi 112 sebelum dipanggil mengadap YDPA juga adalah jelas dan benar sebagaimana yang dinyatakan oleh TGHH semalam. Namun atas sebab-sebab yang tidak diketahui sokongan sebagaimana disebutkan oleh YDPA mempunyai keraguan.

Justeru, 30 ahli parlimen BN akan dipanggil mengadap untuk menyatakan sokongan dihadapan YDPA esok samada memilih PH atau PN. Inilah kebijaksanaan Tuanku apabila mengambil tanggungjawab mendengar sendiri sokongan BN. Telus dan transparen. Daulat Tuanku.

Kini secara pentadbirannya BN perlu tampil menyatakan sokongan dan keputusan perlu dibuat bagi membentuk kerajaan. Bukan lagi soal parti mana yang diperlukan tetapi atas sebab-sebab keputusan PRU sedemikian, sokongan BN perlu jelas dan berprinsip bagi menyelesaikan kemelut.

Apakah BN boleh menerima dan memberikan sokongan kepada PH?

Jika ya, bagaimana BN secara akar umbi boleh menerima kerjasama dengan komponen PH iaitu DAP?

Negara perlukan kestabilan politik untuk memacu ekonomi rakyat. Negara juga perlukan suntikan ketelusan dalam tadbir urus. PN pastinya terbuka menerima sesiapa sahaja selain PH untuk membentuk kerajaan.

Rakyat pula semestinya akan menilai bagaimana 30 ahli parlimen BN membuat keputusan esok.

Salam hormat.

Mohamad Kamal Mohamed
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan

27 Rabiul Akhir 1444 / 22 November 2022

(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2022-11-22 13:39:19

#pas

#pas
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook