Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

YB ZAILAH: WANITA HEBAT BERJIWA MASYARAKAT Sudah banyak kali tengok Kak Lah redah banjir dengan ber...

YB ZAILAH: WANITA HEBAT BERJIWA MASYARAKAT Sudah banyak kali tengok Kak Lah redah banjir dengan ber...



YB ZAILAH: WANITA HEBAT BERJIWA MASYARAKAT

Sudah banyak kali tengok Kak Lah redah banjir dengan berjubah, berbaju kurung.

Setiap ceruk kampung Kak Lah akan masuk hulurkan bantuan.

Yang paling menyayat hati, pernah waktu menjadi wakil rakyat, Kak Lah pergi berjumpa dengan seorang pegawai Bank Islam,

"Saya nak buat pinjaman bank, personal loan dalam RM100,000," minta Kak Lah.

Pegawai itu tanya,"Untuk apa Kak Lah nak buat pinjaman? Untuk beli tanah ke?"

"Tak, duit ni saya nak guna untuk bantu rakyat miskin."

Terkejut pegawai tersebut sebab tidak ada orang yang pernah buat begitu.

"Tolonglah bantu saya.Saya akan bayar sikir-sikit hutang ni nanti," tambah Kak Lah.

Hampir 10 tahun Kak Lah ambil masa untuk habiskan hutang yang 100% digunakan untuk rakyat. Duit RM100,000 itu lah beliau manfaatkan untuk ziarah, masuk kampung dan bantu rakyat.

2008 sehingga 2019 beliau menjadi pembangkang dalam Parlimen. Ketika itu, satu sen pun peruntukan tidak diberi kepada ahli parlimen pembangkang selain elaun gaji sahaja.

Mahu tidak mahu, sebagai pemimpin yang prihatin, 85% gaji Kak Lah telah disumbangkan kepada masyarakat.

Alhamdulillah, pada 2020, wanita hebat ini telah diangkat menjadi Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Sekali lagi beliau membuktikan keprihatinannya terhadap masyarakat.

Setelah hampir 2 tahun, pelbagai kejayaan dan pencapaian telah dilakukan di dalam KPWKM.

Manfaat ini dapat dirasai oleh golongan wanita, OKU, kanak-kanak dan warga emas.

Layaklah beliau digelar wanita hebat berjiwa masyarakat. Jika dipilih untuk terus berbakti, pasti lebih banyak pencapaian serta kebajikan dapat dilakukan oleh Kak Lah.

Besar harapan kita agar rakyat Rantau Panjang terus memilih Kak Lah dan semoga Kak Lah dapat terus berkhidmat dalam kerajaan akan datang.

Undilah PERIKATAN NASIONAL: Prihatin, Bersih dan Stabil.

#PrihatiN
#BersihdanStabil
#PNBEST



(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2022-11-13 06:09:16

#pas

#pas
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook