Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

15 PESERTA PERINTIS IKUTI KURSUS KRAF TEKSTIL BATIK CLAY

15 PESERTA PERINTIS IKUTI KURSUS KRAF TEKSTIL BATIK CLAY



15 PESERTA PERINTIS IKUTI KURSUS KRAF TEKSTIL BATIK CLAY

BACHOK - Seramai 15 orang Peserta Perintis mengikuti kursus Projek Pembangunan Kemahiran Komuniti (PPKK) Kraf Tekstil Batik Clay yang diadakan di Kompleks Daruttarbiyah, Kampung Wakaf Zin, semalam.

Kursus anjuran Perbadanan Pembangunan Kraftangan Malaysia (PPKM) Negeri Kelantan dengan kerjasama Pusat Khidmat DUN (PKD) Tawang itu diadakan selama empat hari bermula 26 hingga 29 Disember 2022.

Berucap pada majlis perasmian tersebut, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tawang, YB Ustaz Dato' Hassan Mohamood merakamkan ucapan terima kasih kepada PPKM yang sudi mengadakan kursus di sini.

"Melalui program ini diharap akan dapat melahirkan usahawan berkemahiran dalam industri batik di negeri ini yang sudah lama terkenal dengan pengusahaan batik," katanya yang juga selaku Timbalan Exco Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan.

Projek ini adalah merupakan salah satu kaedah baharu dalam industri batik iaitu menggunakan tanah liat untuk menggantikan lilin.

Ikuti berita dalam Buletin Darulnaim.

#ViraliyatBerita4ptg









(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2022-12-28 08:09:37

#semasa

#semasa
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook