Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

AKSB RANCANG TINGKATKAN PENGELUARAN AIR BERSIH

AKSB RANCANG TINGKATKAN PENGELUARAN AIR BERSIH



AKSB RANCANG TINGKATKAN PENGELUARAN AIR BERSIH

KOTA BHARU - Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) akan meningkatkan pengeluaran air bersih daripada Loji Rawatan Air (LRA) Chicha supaya sampai ke kawasan hujung paip agihan semua penduduk.

Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti, YB Dato' Sr Azami Mohd Nor berkata, antara tindakan segera bagi mengatasi masalah khususnya di kawasan Kampung Parit, Pasir Tumboh adalah dengan menghantar air terawat melalui lori tangki kontrak ke kawasan yang terkesan.

Tambahnya, AKSB menempatkan dua buah tangki statik 1500 gelen dan 500 gelen di Kampung Parit manakala dua buah lori air kontrak ditugaskan mengisi tangki statik serta membuat penghantaran air terawat ke kawasan premis setiap hari secara percuma.

"Jadi kalau ada cakap-cakap orang yang kerajaan tidak ambil berat pasal bekalan air bersih, itu tidak benar kerana kita ada sembilan buah lori mengangkut air bersih untuk dihantar ke tangki air statik kepada pengguna yang mengalami gangguan bekalan air.
AKSB juga merancang untuk membeli lima lagi lori tangki bagi memenuhi kuota satu jajahan satu lori untuk menyediakan air bersih kepada rakyat yang mengalami tekanan air rendah," katanya.

Beliau mengulas demikian bagi menjawab isu yang diutarakan penduduk berkenaan ganguan air bersih di Kampung Parit, sebelum menyerahkan bantuan AKSB kepada mangsa kebakaran di Madrasah Diniah Bakriah Pondok Pasir Tumboh, Ahad lalu.

Terdahulu, Kerajaan Negeri telah menggunakan sejumlah RM 1.5 juta daripada jumlah keseluruhan RM58 juta yang digunakan khasnya menyelesaikan masalah bekalan air di Kelantan, di samping projek lain termasuk menukar paip lama dan menaik taraf loji.

Ikuti berita dalam Buletin Darulnaim

#ViraliyatBerita9pg





(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2022-12-06 01:02:02

#semasa

#semasa
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook