Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

APAKAH KAITAN BUTIR NANGKA DENGAN KELAHIRAN NABI ISA A.S?



JUADAH TRADISIONAL KELANTAN BUKAN SEKADAR HIDANGAN JASMANI - EXCO WARISAN

KOTA DARULNAIM – Lumrah sifat orang Kelantan yang peramah dan pemurah suka menghidupkan sunah Rasulullah saw dengan menjamu selera sanak saudara, sahabat handai dan tetamu sesuai dengan suasana.

Contohnya sekarang musim hujan banyak ubi kayu, kuih Putu Halba paling laku.

Sehubungan itu, Exco Kebudayaan dan Warisan Negeri Kelantan, YB Dato' Mejar (B) Md Anizam Ab Rahman menyatakan kepemurahan orang Kelantan terserlah melalui sajian air tangan.

"Datuk nenek kita memasak makanan atau membuat kuih bukan sepiring dua, tapi semangkuk atau setalam walaupun tak ramai orang yang tinggal di rumah mereka.

Sengaja mereka buat lebih untuk dibahagi-bahagikan kepada jiran atau mereka sediakan untuk "orang bersampan (ssape)," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mengulas lanjut, beliau menerangkan pada zaman dahulu, selain berjalan kaki, musafir kebanyakannya menggunakan kenderaan air sama ada sampan atau perahu. Jadi, musafir itu boleh sahaja tiba-tiba singgah di rumah nenek moyang kita tanpa diduga untuk tumpang solat, mengisi air bekalan atau bermalam jika cuaca kurang baik untuk mudik ke hulu atau menghilir ke muara.

"Sambil berjamu, mereka bersembang atau berbari (bercerita) tentang agama secara tidak langsung untuk saling mengingatkan tentang akidah, ibadah dan akhlak yang dipelajar secara menadah kitab daripada tok-tok guru setempat. Dari situ mereka cuba kaitkan dengan falsafah di dalam masakan setelah pemerhatian terperinci dibuat," hurainya.

Hal tersebut diakui chef dan personaliti TV Britain, Ramsay Gordon yang mengatakan masakan Malaysia terbina daripada banyak lapisan kompleks yang yang digabung dalam cara unik. Ikon kulinari itu juga mengakui masakan Malaysia khasnya juadah Melayu melibatkan aspek keagamaan dan kepelbagaian budaya klasik.

Bagi merungkai falsafah yang tersirat di dalam juadah tradisional Kelantan yang sangat tinggi khazanahnya, Dato' Md Anizam menerbitkan video Butir Nangka sebagai rujukan generasi muda dan pencinta budaya.



(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2022-12-26 05:37:03

#semasa

#semasa
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook