Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Banjir Kelantan: Penghargaan & Terima Kasih. Saya merakamkan penghargaan dan terima kasih kepad...

Banjir Kelantan: Penghargaan & Terima Kasih. Saya merakamkan penghargaan dan terima kasih kepad...



Banjir Kelantan: Penghargaan & Terima Kasih.

Saya merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pegawai dan petugas Pusat Kawalan Operasi Banjir peringkat negeri dan jajahan serta semua anggota keselamatan khusus kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, NADMA, petugas kesihatan, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan lain-lain yang terlibat dalam misi bantuan dan menyelamat mangsa banjir sepanjang tahun ini.

Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di negeri Kelantan ditutup sepenuhnya pada 28 Disember 2022. Kelantan merekodkan jumlah mangsa tertinggi pada 21 Disember 2022 dengan jumlah 32,089 daripada 9,542 keluarga. Jumlah mangsa banjir tersebut ditempatkan di 135 PPS meliputi 8 jajahan kecuali Jeli dan Gua Musang.

Ucapan penghargaan ini juga dipanjangkan kepada semua pasukan sukarelawan, badan-badan bukan kerajaan (NGO) orang perseorangan yang turut menyumbang samada tenaga dan bantuan keperluan asas kepada mangsa-mangsa banjir yang terjejas.

Tidak lupa penghargaan dan terima kasih jua kepada jentera peringkat Parlimen dan Dun yang diketuai oleh ADUN dan Ahli Parlimen melalui Pusat Khidmat DUN dan Parlimen atas usaha, kerja keras serta inisiatif dalam menyantuni dan membantu rakyat yang terjejas.

Semoga Allah SWT menganugerahkan pahala kebajikan disisiNya dan negeri Kelantan diberi keamanan dan keselamatan daripada segala musibah dan bencana.

Dato' Bentara Kanan
Ustaz Dato' Hj Ahmad Bin Yakob
Menteri Besar Kelantan
Jumaat, 06 Jamadil Akhir 1444H
30 Disember 2022.

...
-Baca seterusnya...
2022-12-30 08:27:03

#pimpinan

#pimpinan
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook