Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Bantuan Pusat: Kenyataan Rafizi hina rakyat Perlis Kenyataan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli yang men...

Bantuan Pusat: Kenyataan Rafizi hina rakyat Perlis Kenyataan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli yang men...



Bantuan Pusat: Kenyataan Rafizi hina rakyat Perlis

Kenyataan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli yang mengaitkan Perlis sebagai negeri pertama memohon bantuan Kerajaan Persekutuan disifatkan sebagai penghinaan kepada rakyat negeri ini.
Menteri Besar, Mohd. Shukri Ramli berkata, tindakan itu dianggap penghinaan buat rakyat negeri ini yang memilih Perikatan Nasional (PN) dan seolah-olah menggambarkan kerajaan Perlis meminta sedekah kepada kerajaan Persekutuan.

Menurut beliau, perkara itu sepatutnya tidak dipolitikkan dan Rafizi seharusnya lebih memahami konsep federalisme dalam pentadbiran kerajaan di negara ini.

"Ini merupakan satu penghinaan buat rakyat negeri Perlis yang telah memilih PN dan saya hadir berjumpa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika itu dalam suasana mesra dan harmoni," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Pertama Penggal Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis Ke-15 di sini hari ini.

Semalam Rafizi ketika membahaskan usul undi percaya terhadap Perdana Menteri mendakwa kerajaan Perlis pimpinan PN menjadi negeri pertama yang memohon bantuan daripada Kerajaan Perpaduan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Timbalan Presiden PKR itu berkata demikian susulan daripada pertemuan Mohd. Shukri bersama Anwar pada 12 Disember lalu.

Mengulas lanjut, Mohd. Shukri berkata, pertemuan beliau bersama Anwar sebelum ini adalah atas jemputan dan bukannya daripada permohonan kerajaan negeri sendiri.

"Jadi saya amat berbesar hati atas jemputan itu dan bukannya saya mohon untuk jumpa Perdana Menteri.

"Itu sebabnya saya rasa cukup bangga dan hal ini tidak perlu dipolitikkan kerana perjumpaan Menteri Besar dan Perdana Menteri adalah perkara biasa," katanya.

Dalam pada itu, Mohd. Shukri berkata, menerusi pertemuan itu juga, kerajaan negeri memohon peruntukan pendahuluan untuk emolumen bagi tahun hadapan dan turut diluluskan oleh Perdana Menteri.
Tambah beliau, pihaknya juga meminta pertimbangan Perdana Menteri agar dapat meneruskan semula pengoperasian zon aliran bebas di Wang Kelian bagi merancakkan kembali aktiviti ekonomi di kawasan itu.

"Kita telah minta perkara ini kepada Perdana Menteri dan beliau akan meneliti terlebih dahulu mengenai pembukaan semula Wang Kelian," katanya.- UTUSAN



(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2022-12-20 09:13:18

#pas

#pas
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook