Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

DUA KALI BANJIR TAHUN 2022 BUAT KAMI CEKAL - AFPIDA HANIM

DUA KALI BANJIR TAHUN 2022 BUAT KAMI CEKAL - AFPIDA HANIM



DUA KALI BANJIR TAHUN 2022 BUAT KAMI CEKAL - AFPIDA HANIM

PASIR MAS - Rakyat Kelantan khususnya di Pasir Mas termasuk Rantau Panjang diuji dua kali berdepan banjir pada tahun 2022.
Pertama pada 25 Februari, kedua pada 18 Disember.

Bagi Afpida Hanim Habil, 39, dan suami Mohd Zamzul Che Daud, 40, dari Residensi Prima Lubuk Long menganggap ujian banjir kali kedua yang dialaminya pada tengah malam 18 Disember mencekalkan lagi jiwa mereka sekeluarga.

"Dua kali kami empat beranak berdepan dengan air masuk ke dalam rumah sekelip mata sahaja.

Suami saya segera mengalih kereta sebab tak mahu ambil risiko seperti banjir pada Februari lepas yang menyebabkan kereta rosak teruk akibat dimasuki air bah.

Setelah memparkir kereta di jalan raya berhampiran kawasan perumahan, suami minta saya bawa anak berpindah ke tingkat atas. Kami tidur-tidur ayam sepanjang malam santak ke subuh.

Kurang sejam, dari balkoni, saya perasan pagar rumah hanya kelihatan berbaki sekaki.

Selesai solat subuh, saya memastikan semua dokumen penting sudah diambil dan tambah sehelai dua lagi pakaian basahan ke dalam dua buah beg galas.

Kami letak anak lelaki dan perempuan di dalam dua bekas polisterin berasingan dan tolak mereka meredah hujan lebat dan meranduk banjir separas dada sejauh hampir 2 kilometer ke jalan besar.

Suami menghubungi Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) cawangan Pasir Mas selepas mendapat makluman PPS di Sekolah Kebangsaan Lati, penuh.

Sejam kemudian barulah kami dibawa dengan trak ke Pusat Pemindahan Sementera di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Panglima Raja, (SMKTPR) Lemal," kata Afpida yang ditemui di rumahnya hari ini.

Afpida sekeluarga selamat pulang ke rumah mereka semalam. Mereka bersyukur banjir kali kedua berlaku ketika beliau dan suami berada di rumah kerana Sekolah Kebangsaan Gual Tok Deh tempat Afpida bertugas sebagai Pembantu Tadbir juga dijadikan PPS.

Jelasnya, pada pertama kali, beliau dan suami agak panik kerana tidak tahu apa yang patut dibuat dahulu kerana yakin kawasan perumahannya dan persekitaran di situ, bebas banjir.

Oleh itu, beliau menasihati semua orang mengambil langkah berjaga-jaga untuk menghadapi apa juga keadaan sebaik sahaja amaran banjir diuar-uarkan.

"Kena atau tidak banjir, baiklah bersiap sedia dari awal. Kemas pakaian, barang keperluan asas yang patut dan simpan dokumen penting di dalam beg yang mudah dicapai dan bergegas keluar rumah apabila hujan berterusan dan tanda-tanda air mulai memenuhi halaman," pesannya.

Beliau berterima kasih kepada JPAM dan semua petugas di PPS SMKTPR yang cekap mengendali dan menguruskan 737 mangsa daripada 226 keluarga selama lima hari berada di situ.











(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2022-12-26 13:21:58

#semasa

#semasa
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook