Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Festival Islam Dan Kecemerlangan Membina Generasi Solat & Membina Generasi Al-Quran diadakan pad...

Festival Islam Dan Kecemerlangan Membina Generasi Solat & Membina Generasi Al-Quran diadakan pad...



Festival Islam Dan Kecemerlangan Membina Generasi Solat & Membina Generasi Al-Quran diadakan pada setiap tahun sebagai satu wasilah yang terbaik untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat di negeri ini dengan menggunakan pendekatan-pendekatan yang lebih segar, mesra dan santai.

Kerajaan Negeri melalui Bahagian Halaqat, JAHEAIK akan meneruskan komitmen bagi menjayakan program Membina Generasi Solat (MGS) dan Madrasah Membina Generasi al-Quran (MGQ) pada tahun-tahun yang akan datang dengan lebih komprehensif dan terancang.

Pada tahun 2022 seramai 12,255 pelajar telah mengikuti program Membina Generasi Solat (MGS).

Justeru, belanjawan Kelantan 2023 terus memperuntukkan RM 1.5 juta khusus bagi tujuan program kecemerlangan solat.

Kerajaan Negeri juga terus memperuntukkan sebahagian besar berjumlah RM 7.6 juta antaranya bagi tujuan program dakwah, program kelas Al-quran serta program pembangunan keluarga.

Tahniah kepada para pelajar terbaik program Membina Generasi Solat (MGS) dan Madrasah Membina Generasi al-Quran (MGQ) yang terpilih untuk menerima anugerah kecemerlangan bagi tahun 2022 pada hari ini.

Tidak lupa juga, ucapan terima kasih saya tujukan khusus kepada para Mudarris MGS dan Guru-guru Madrasah MGQ yang telah memberi sumbangan yang terbaik dalam usaha mendidik dan membentuk para pelajar mereka.

#MerakyatMembangunBersamaIslam
#KelantanMajuRakyatSejahtera























...
-Baca seterusnya...
2022-12-03 06:45:45

#pimpinan

#pimpinan
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook