Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Jika PAS dilihat dari kerja politiknya, PAS ada musuh. Namun jika dilihat PAS dari kerja dakwah dan...

Jika PAS dilihat dari kerja politiknya, PAS ada musuh. Namun jika dilihat PAS dari kerja dakwah dan...



Jika PAS dilihat dari kerja politiknya, PAS ada musuh.

Namun jika dilihat PAS dari kerja dakwah dan kebajikannya, PAS ramai peminat.

Antara yang sangat dekat di hati masyarakat ialah PASTI. Pusat Asuhan Tunas Islam.

Sebuah pusat asuhan milik PAS yang memberi pendidikan awal atau prasekolah Islam kepada kanak-kanak berusia 4 hingga 6 tahun.

Sejak 1980 lagi pendidikan prasekolah Islam yang diberi nama Taman Asuhan Kanak-Kanak Islam (TASKI) wujud di Malaysia.

Dewan Pemuda PAS di Terengganu, Kelantan, Kedah dan beberapa negeri di sebelah utara masing-masing telah mengendalikan pusat prasekolah ini dengan nama yang berbeza.

Terengganu menggunakan nama TASKI, Kelantan menggunakan nama Putra Islam dan Kedah dengan nama PASTI.

Ssehingga pada 6 Mei 1988, Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat telah memutuskan penggunaan nama PASTI untuk semua institusi prasekolah milik ahli PAS.

Ada peristiwa menarik yang berlaku pada tahun 1988 yang menyebabkan penubuhan PASTI bercendawan di seluruh Kedah.

Menurut Haji Fauzi Husain, kebangkitan pendidikan prasekolah PASTI ini berpunca daripada Majlis Ihtifal PASTI bertempat di Bangunan Tepian Gelanggang oleh Tuanku Sultanah Bahiyah iaitu Permaisuri Sultan Kedah sendiri pada penghujung tahun 1988.

Dan sehingga hari ini terdapat ;

2,626 buah PASTI beroperasi di seluruh Malaysia.
9,539 orang guru PASTI seluruh Malaysia.
125,065 jumlah pelajar semasa berumur 4,5 dan 6 tahun
3.17 % jumlah pelajar meningkat berbnding tahun 2021, iaitu seramai 3,841 pelajar.

Kenapa ramai sangat ibu bapa yang semakin tertarik menghantar anak anak ke PASTI? Cuba baca komen salah seorang waris ini,

"Saya hantar anak ke PASTI sebab tengok budak-budak situ pandai baca surah-surah pendek, ayat lazim, doa-doa, belajar solat. Yuran pun sangat berpatutan. Saya hantar sebab nak bagi anak dapat ilmu, tak terfikir pasal politik pun. Hari ini baru saya tahu PASTI bawah PAS."

PAS bijak menyusun medan mana ahlinya berpolitik, medan mana ahlinya memantapkan tarbiah dan bagaimana ahlinya berdakwah.

Jika anak-anak kecil yang diasuh untuk mengenal Islam ini pun ditakuti, wajarlah jika Tsunami Hijau PAS dalam PRU-15 kali ini menjadi igauan ngeri buat mereka.

#PrihatiN
#BersihdanStabil
#PNBEST



(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2022-12-16 13:02:53

#pas

#pas
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook