Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

KABINET MENTERI, TIADA SENTUHAN REFORMASI Kabinet Menteri akhirnya diumumkan malam ini setelah semi...

KABINET MENTERI, TIADA SENTUHAN REFORMASI Kabinet Menteri akhirnya diumumkan malam ini setelah semi...






KABINET MENTERI, TIADA SENTUHAN REFORMASI

Kabinet Menteri akhirnya diumumkan malam ini setelah seminggu angkat sumpah. Tahniah kepada semua jemaah menteri khususnya Timbalan Perdana Menteri. Nampak serasi PM dan Timbalannya.

Pelbagai versi sudut pandang boleh diutarakan dan anak muda pada saya juga berhak memberikan pandangan kerana mereka ini merupakan sejumlah pengundi terbesar mewakili 56% saluran undi anak muda seluruh negara.

Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan beranggapan tiada reformasi perlantikan menteri mahupun pembentukan kabinet sebagaimana diwarwarkan sebelum ini selain menampilkan muka lama dan kabinet gabungan. Yang nampak baharu hanyalah dalam bentuk menstrukturkan semula sebahagian besar portfolio menteri 22 bulan lalu kecuali kementerian pengangkutan. Barangkali cemerlang menggelapkan semua cermin kereta dan idea mewajibkan 'carseat'.

Menteri anak muda daripada DAP saya simpan dahulu komen pandangan. Banyak yang saya khuatirkan terutama melibatkan dasar-dasar dan program-program anak muda, juga melibatkan sukan. Cuma saya ingatkan kebetulannya ramai MP anak muda daripada Perikatan Nasional telah bersedia menjadi semak imbang mewakili anak muda. Nantikan persembahan mereka untuk penyediaan anak muda yang baik untuk negara.

"Abang Mat Sabu" tidak saya lupa dengan zikir DAP DAP DAP dan terbaharu menuduh PN membayar anak muda untuk memenuhi aplikasi tiktok dalam mempengaruhi undi saluran muda. Tidak mengapalah, barangkali abang mat sudah lupa bagaimana PAS mendidik akar umbi terutama anak muda untuk menolak politik wang. Penghinaan ini tidak akan kami lupa. Penegasan saya soal ini, tiada bayaran dibuat kepada anak muda selain kesedaran demokrasi bernegara.

Anak muda percaya negara perlukan parti yang bersih dan stabil, juga pemimpin yang berakhlak dan paling penting membawa negara ke arah pencapaian yang lebih baik.

Seimbang duniawi dan ukhrawi.

Salam hormat.

Mohamad Kamal Mohamed
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan.

7 Jamadil Awal 1444 / 2 November 2022

(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2022-12-02 15:06:26

#pas

#pas
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook