Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

KAUM CINA KELANTAN BOLEH BERSAJAK, BERPANTUN, BACA JAWI

KAUM CINA KELANTAN BOLEH BERSAJAK, BERPANTUN, BACA JAWI



KAUM CINA KELANTAN BOLEH BERSAJAK, BERPANTUN, BACA JAWI

KOTA BHARU – "Tok nenek saya dulu belajar tulis Jawi dan mereka boleh membaca tulisan Jawi," kata Cheng Po Chen atau 'nama Melayunya' Husin.

Menurut lelaki Tionghua dari Pulai Chondong itu kebanyakan peranakan Cina Kelantan juga boleh berpuisi, bersajak dan berpantun sebagaimana orang Melayu.

"Jika ditanya tentang makanan pula, Cina Kelantan, tak sama dengan Cina lain di luar sana kerana makanan Cina Peranakan Kelantan mirip menu masakan Melayu kampung.
Budu jadi perkara wajib dalam menu makanan seharian. Kadang-kadang tiga atau empat kali sehari makan dengan budu," katanya menerusi rakaman video yang dikeluarkan oleh Pusat Integrasi Antara Kaum (PEKA).

Berkenaan dengan sambutan perayaan pula, katanya Kerajaan Negeri sentiasa membuat sambutan Hari Tanglong, sambutan Tahun Baharu Cina sama seperti sambutan Hari Raya Aidilfitri tanpa sebarang perbezaan.

"Kami kaum Cina sangat faham dengan orang Melayu. Kebiasaanya kami tidak buat sebarang sambutan pada hari Jumaat atau malam Jumaat kerana menghormati hari tersebut," ujarnya.

Selain itu, katanya berkenaan dasar Membangun Bersama Islam (MBI) yang dibawa oleh Kerajaan Kelantan tiada masalah bagi kaum lain, kerana Kerajaan Negeri sentiasa membantu tanpa mengira kaum.

Katanya, Kerajaan Negeri tidak melarang kaum bukan Islam untuk ambil minuman keras, cuma tidak dibenarkan minum di tempat terbuka, sama seperti amalan keagamaan, Kelantan membenarkan agama lain berkembang dengan harmoni, setiap kaum boleh melakukan amalan agama masing-masing tanpa menimbulkan isu-isu yang sensitif.

"Hubungan masyarakat antara kaum di Kelantan kuat kerana pada zaman dulu, masa orang Islam bina Masjid Ismaili di Kampung Joh, orang Cina kampung turut membantu menaikkan tiang masjid tersebut," katanya.

Ikuti berita dalam Buletin Darulnaim.

#ViraliyatBerita9pg





(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2022-12-05 01:30:39

#semasa

#semasa
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook