Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

KELULUSAN SEGERA RM12 JUTA, KERAJAAN NEGERI BERTERIMA KASIH KEPADA PUSAT

KELULUSAN SEGERA RM12 JUTA, KERAJAAN NEGERI BERTERIMA KASIH KEPADA PUSAT



KELULUSAN SEGERA RM12 JUTA, KERAJAAN NEGERI BERTERIMA KASIH KEPADA PUSAT

RANTAU PANJANG – Kerajaan Negeri merakamkan ucapan terima kasih kepada YB Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi atas kelulusan peruntukan segera sebanyak RM12 juta bagi pembelian enam pam berkuasa tinggi untuk menyedut keluar air dari kawasan banjir genang yang sering terjadi setiap kali musim tengkujuh.

Terdahulu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid tiba di Kelantan hari ini, sempena rangka lawatan kerja sehari dan mengikuti sesi taklimat persiapan dan situasi semasa banjir di Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas. Beliau diiringi Menteri Besar Kelantan YAB Ustaz Dato' Bentara Kanan Ahmad Yakob bersama Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan YB Dato' Kaya Setia Nazran Muhammad.

Dalam siri lawatan tersebut, beliau seterusnya bergerak ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Periok bagi sesi ramah mesra bersama penduduk yang terjejas banjir.

Dalam perkembangan yang sama, Datuk Seri Ahmad Zahid turut mengumumkan sama seperti sebelum ini, Kerajaan Pusat akan meneruskan pemberian wang Ehsan RM1000 kepada mangsa banjir dan pembayaran tersebut akan dilakukan segera sebelum banjir surut atau mereka pulang ke rumah masing-masing.

Beliau juga memberi jaminan semua mangsa terjejas akan diberi layanan sama rata kerana banjir memberi kesan kepada semua rakyat dan menjadi tanggungjawab kerajaan membantu dan menghulurkan bantuan kepada semua yang berhak.

Ikuti berita dalam Buletin Darulnaim.

#ViraliyatBerita4ptg







(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2022-12-15 08:37:29

#semasa

#semasa
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook