Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

KENYATAAN MEDIA DEWAN ULAMAK PAS PUSAT  . JAWAB TUDUHAN PENERIMAAN DANA ASING OLEH PH, USAH PERJUDI...

KENYATAAN MEDIA DEWAN ULAMAK PAS PUSAT . JAWAB TUDUHAN PENERIMAAN DANA ASING OLEH PH, USAH PERJUDI...



KENYATAAN MEDIA
DEWAN ULAMAK PAS PUSAT

.
JAWAB TUDUHAN PENERIMAAN DANA ASING OLEH PH,
USAH PERJUDIKAN KEDAULATAN NEGARA

.
1. Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) menegaskan dakwaan Dato' Seri Anwar Ibrahim bahawa Perikatan Nasional (PN) mendapat dana pilihan raya daripada syarikat perjudian sememangnya sangat dangkal dan jauh meleset.

2. Bagaimana seorang Perdana Menteri menjustifikasikan dakwaan beliau sebagai sekadar "membayangkan" wujudnya penerimaan dana tersebut, bukan sebaliknya daripada bukti yang jelas dan nyata. Usah jadikan Kerajaan tempang yang dibentuk pasca PRU ke-15 sebagai Kerajaan Pak Pandir.

3. Komitmen Kerajaan PN sangat jelas dalam isu perjudian. Kerajaan Negeri Kedah pimpinan PN tegas dengan komitmen menutup premis perjudian di seluruh negeri ini bermula tahun 2023. Ia menuruti langkah yang diambil Kelantan dan Terengganu.

Sejak bila syarikat perjudian sangat mesra dengan PN sehingga sanggup mendanai perjalanan pilihan rayanya?

4. Malah, kutipan cukai sektor perjudian semasa era pemerintahan singkat PH mencecah RM3.43 bilion (2019), tertinggi sejak tahun 2010. Apakah Anwar mempunyai tekad politik untuk menutup terus premis perjudian sebagaimana langkah yang diambil Kerajaan PN ini?

5. Persoalan paling mustahak di sini adalah penerimaan dana asing oleh PH yang telah mencetuskan kebimbangan ramai sebelum daripada ini. Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh Presiden International Republican Institute (IRI), Daniel Twining pasca PRU ke-14 yang lalu.

6. Dakwaan ini lebih berbahaya kerana mendedahkan kedaulatan negara kepada kepentingan asing. Ironinya masih tiada siasatan mahupun jawapan yang tuntas terhadapnya.

7. DUPP turut menyokong langkah yang diambil oleh PN/PAS untuk memulakan tindakan undang-undang terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim atas dakwaan yang sangat tidak bertanggungjawab itu.

YB USTAZ DATO' HAJI AHMAD BIN YAHYA
KETUA DEWAN ULAMAK PAS PUSAT

12 Jamadilawwal 1444 Hijri | 7 Disember 2022 Miladi



(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2022-12-07 05:00:07

#pas

#pas
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook