Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

KENYATAAN MEDIA PARANOIA DAN PENGHINAAN LIM KIT SIANG TERHADAP PILIHAN RAKYAT Lima penulisan Lim K...

KENYATAAN MEDIA PARANOIA DAN PENGHINAAN LIM KIT SIANG TERHADAP PILIHAN RAKYAT Lima penulisan Lim K...



KENYATAAN MEDIA

PARANOIA DAN PENGHINAAN LIM KIT SIANG TERHADAP PILIHAN RAKYAT

Lima penulisan Lim Kit Siang mengenai gelombang hijau, Islam politik dan Islamophobia mutakhir ini menunjukkan wajah sebenar beliau dan DAP yang sedang mengalami paranoia dan menghina pilihan rakyat dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen.

Lim Kit Siang harus akur, jika Pilihan Raya Umum Ke-14 adalah desakan rakyat menolak rejim kleptokrat, maka Pilihan Raya Umum Ke-15 adalah hasrat sebenar rakyat yang mahukan sebuah kerajaan yang bersih, tolak penipuan janji, penyakau, tsunami Melayu dan anti rasisme DAP.

Lonjakan sokongan sebanyak 44 peratus dan undi popular sebanyak 4.6 juta adalah mandat pengundi yang harus dihormati. Perikatan Nasional telah menjadi harapan utama kaum Melayu dan Bumiputera berbanding BN dan PH untuk masa depan politik Malaysia.

Bagaimana jika kita tafsirkan sokongan pengundi Cina terhadap DAP pula ialah sokongan kepada pembentukan negara yang menyamaratakan hak kaum dan menentang konsep Bumiputera seperti yang termaktub dalam Deklarasi Setapak?

Sikap paranoia dan Islamophobia DAP bukan baharu. Sejak agenda Penyatuan Ummah dilancarkan dua tahun lalu, mereka telah membakar provokasi Talibanisme dan ekstremisme terhadap politik Melayu Islam. Mereka menanam doktrin dan strategi 'bogeyman' dalam kalangan orang Cina terhadap PAS.

Lim Kit Siang tidak senang jika politik PAS menunjukkan trend kenaikan yang signifikan kerana PAS akan menggagalkan dominasi politik DAP untuk memerintah dan memperkuda pemimpin Melayu menjayakan misi mereka.

"Malaysia Sejahtera"

Ir. Ts. HJ KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
17 Jamadil Awal 1444 | 12 Disember 2022



(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2022-12-12 09:17:43

#pas

#pas
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook