Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

KERAJAAN KELANTAN TERBAIK, PRIHATIN NASIB RAKYAT - ISMAIL HUSSIN

KERAJAAN KELANTAN TERBAIK, PRIHATIN NASIB RAKYAT - ISMAIL HUSSIN



KERAJAAN KELANTAN TERBAIK, PRIHATIN NASIB RAKYAT - ISMAIL HUSSIN

KOTA BHARU - Ismail Hussin, 47, buruh kasar yang mengalami musibah kehilangan rumah akibat kebakaran tidak dapat menyembunyikan kepuasan hatinya terhadap keprihatinan Kerajaan Negeri Kelantan.

Luahan tersebut disambut dengan keterharuan isteri dan tiga anaknya selepas menerima kunci rumah mereka daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bunut Payong, YB Dato' Dr Ramli Mamat dalam Majlis Penyerahan Kunci Rumah Dhuafat, di Kampung Sireh, semalam.

Ismail ditemani isteri, Zalina Zakaria, 49, sungguh gembira dan berterima kasih kepada kerajaan negeri yang prihatin dengan nasib yang menimpanya sebelum ini.

"Kami akui Kerajaan Kelantan memang terbaik. Sangat prihatin tentang nasib rakyat miskin. Kami berasa sungguh berhutang budi dengan Kerajaan Kelantan dan ADUN Bunut Payung, Dr Ramli.
Bayangkan ketua keluarga yang daif seperti saya ini manalah mampu untuk bina rumah yang selesa untuk anak isteri seperti yang Kerajaan Kelantan beri, hari ini. Di rumah baharu ini, kami bahagia tinggal bersama tiga orang anak, Tiga anak lagi, tinggal berasingan," luah Ismail sambil menyapu birai mata yang kebasahan.

Turut hadir, Ketua Pegawai Tadbir Pusat Khidmat DUN (PKD), Shaari Mat Yaman, Penolong Pegawai Tadbir PKD, Muhammad Faris Basir dan Penghulu Mukim Kampung Sireh, Wan Ismail Kadir.

Ikuti berita dalam Buletin Darulnaim.

#ViraliyatBerita4ptg







(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2022-12-13 05:00:04

#semasa

#semasa
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook