Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

LTSIP ANTARA LAPANGAN TERBANG DOMESTIK PALING SIBUK DI MALAYSIA

LTSIP ANTARA LAPANGAN TERBANG DOMESTIK PALING SIBUK DI MALAYSIA



LTSIP ANTARA LAPANGAN TERBANG DOMESTIK PALING SIBUK DI MALAYSIA

KOTA BHARU – Projek pembesaran dan menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) adalah sejajar dengan peningkatan jumlah kekerapan penerbangan sehingga 40 sehari (pergi dan balik) dan purata jumlah penumpang 4,000 sehari.

"Rekod semalam sahaja mencatatkan 4,800 penumpang dan apabila siap projek pembesaran LTSIP itu nanti dianggarkan purata jumlah penumpang akan turut meningkat daripada 1.4 juta kepada 4 juta setahun."

Demikian menurut Ketua Operasi Malaysia Airport Sdn Bhd, Muhamad Walid Azman ketika ditemui di tapak operasi projek pembesaran LTSIP, hari ini.

Sehubungan itu, Pengurus LTSIP, Suhaimi Abdul Sani berkata, LTSIP adalah antara lapangan terbang domestik yang paling cepat pulih operasinya akibat kesan pandemik. Kini, 80 peratus iaitu 4,000 penumpang sehari telah direkodkan berbanding 5,000 penumpang sehari pada tahun 2019 sebelum berlakunya pandemik COVID-19.

"LTSIP satu-satunya daripada 19 lapangan terbang domestik di Malaysia yang menawarkan penerbangan secara terus dari Kota Bharu ke Kuching, Kota Kinabalu, Johor, Langkawi dan Pulau Pinang dan perkara ini berlaku kerana ada permintaan tinggi daripada rakyat Kelantan," katanya.









(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2022-12-14 09:04:28

#semasa

#semasa
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook