Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

LTSIP BUKA PELUANG KERJA KEPADA ANAK KELANTAN

LTSIP BUKA PELUANG KERJA KEPADA ANAK KELANTAN



LTSIP BUKA PELUANG KERJA KEPADA ANAK KELANTAN

KOTA BHARU – Projek Pembesaran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) membuka banyak peluang pekerjaan kepada anak Kelantan.

Pengurus LTSIP, Suhaimi Abdul Sani berkata projek tersebut membuka peluang rezeki kepada rakyat tempatan antaranya dalam bidang pengurusan dan operasi.
Hampir separuh daripadanya iaitu 58 peratus (49 staf) adalah anak tempatan.

Tambahnya, selain 50 buruh binaan yang terdiri daripada penduduk sekitar, terdapat juga sembilan pekerja tempatan daripada Program PROTÉGÉ (Ready to Work) untuk graduan ijazah yang diserap masuk bekerja selepas lapan bulan menjalani latihan atas faktor komitmen dan kebolehan yang ditunjukkan kepada syarikat.

Dalam pada itu, Mohd Amir Ikhwan Mohd Zaupi, 25, dari Pintu Geng, Kota Bharu adalah graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang Pengurusan Pembinaan berkata, beliau telah terlibat dengan Program PROTÉGÉ pada Ogos 2021 telah diambil bekerja oleh syarikat WCT Construction Sdn Bhd sebagai Penyelia Tapak setelah tamat program tersebut.

"Sebagai anak Kelantan, saya berbangga kerana dapat berkhidmat dan terlibat secara langsung dalam operasi pembinaan LTSIP ini, stigma yang mengatakan negeri ini tidak mempunyai peluang pekerjaan adalah tidak tepat, kerana pucuk pangkalnya bergantung kepada diri sendiri. Peluang ada cuma kita perlu berusaha untuk mendapatkannya," katanya ketika ditemui di tapak projek, semalam.

Anak Kelantan yang berminat menyertai pasukan projek tersebut sama ada dalam bidang pengurusan, keselamatan, teknikal, mekanikal dan pekerja am boleh menghubungi Pengurus Sumber Manusia WCT Sdn Bhd, Nur Nusyura Mohd Azani di talian 0148251654 untuk dinilai kelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan yang bersesuaian.

Ikuti berita dalam Buletin Darulnaim.

#ViraliyatBerita9pg







(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2022-12-15 01:11:25

#semasa

#semasa
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook