Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

LZNK SUMBANG 12 RIBU KAMPIT BERAS KEPADA MANGSA BANJIR  KOTA BHARU - Bagi meringankan beban rakyat ...

LZNK SUMBANG 12 RIBU KAMPIT BERAS KEPADA MANGSA BANJIR KOTA BHARU - Bagi meringankan beban rakyat ...



LZNK SUMBANG 12 RIBU KAMPIT BERAS KEPADA MANGSA BANJIR

KOTA BHARU - Bagi meringankan beban rakyat Kelantan yang terjejas akibat banjir, Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) menyumbang 12 ribu kampit beras bernilai RM150 ribu.

Sumbangan tersebut diserahkan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) untuk diagihkan kepada mereka yang terjejas.

Sementara itu, dalam titah Raja Muda Kedah Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin, baginda berharap dengan bantuan daripada Negeri Kedah ini sedikit sebanyak dapat membantu memenuhi keperluan asas mangsa bencana di negeri Kelantan khususnya.

"Semoga bantuan ini akan dapat membantu mereka meringankam beban yang ditanggung bagi mendapatkan keperluan asas selain itu perlu juga mendengar nasihat daripada pihak berwajib dari masa ke semasa," titahnya.

Ikuti berita dalam Buletin Darulnaim.

#ViraliyatBerita1ptg



(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2022-12-28 05:44:26

#semasa

#semasa
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook