Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

PELAJAR IPT KELANTAN KREATIF HASILKAN PRODUK INOVASI

PELAJAR IPT KELANTAN KREATIF HASILKAN PRODUK INOVASI



PELAJAR IPT KELANTAN KREATIF HASILKAN PRODUK INOVASI

KOTA BHARU - 33 pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) daripada Kolej Teknologi Darulnaim, Pengkalan Chepa kreatif bergabung tenaga dan idea menghasilkan enam jenis produk inovasi bagi memenuhi keperluan kursus Product Development and Innovation Management serta kursus Technology Commercialization.

Antara produk inovasi yang dihasilkan mereka ialah Smart Dustbin, Smart Lamp, Fun Dino Water Dispenser, Pengisar Makanan, Hand Sanitizer Automatic dan Make up Organizer.

Ketua Eksekutif kolej tersebut, Dr Nik Kamaruzaman Abdullatif berkata, program inovasi sebegitu sangat penting dan mampu membuka ruang kepada pelajar untuk mengetengahkan idea kreatif mereka ke peringkat yang lebih tinggi sehingga ianya dapat dikomersialkan.

Berhubung perkara sama, Pensyarah kanan daripada Fakulti Pengurusan dan Perniagaan UiTM Cawangan Kelantan, Dr Mariam Setapa berkata, pelajar KTD mempunyai kelebihan yang tersendiri.

"Bagi tahap pelajar diploma, apa yang dihasilkan mereka, di luar jangkaan saya, kerana mereka bukan sahaja mampu menghasilkan kertas kerja tapi sekali gus mengeluarkan prototaip produk inovasi yang sangat 'reliable' dan kredit harus diberikan juga kepada pensyarahnya Nik Nor Syamila Shaban,

Selain itu penganjuran program sebegini juga mampu menjadi 'benchmark' kepada pelajar IPT lain kerana mereka hebat berdikari dalam mencari penaja bagi mendapatkan dana tanpa bergantung kepada peruntukan pihak kolej itu sendiri," katanya ketika ditemui di program Project Management and Technology Innovation di K Castle, di sini, semalam.

Sementara itu, Siti Nor Khadijah Shamsudin, 21, pelajar semester 5, Diploma Pengurusan Teknologi yang mewakili kumpulan mereka berkata, Fun Dino Water Dispenser yang dihasilkan menggunakan aplikasi teknologi water pump dan bateri itu bertujuan memudahkan pengguna menukar jenis air dan lebih mesra pengguna kepada golongan kanak-kanak.















(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2022-12-02 02:44:20

#semasa

#semasa
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook