Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

PENYERTAAN KP UMNO SEREMBAN, DAYANGKU INTAN KE DALAM PAS:

PENYERTAAN KP UMNO SEREMBAN, DAYANGKU INTAN KE DALAM PAS:



PENYERTAAN KP UMNO SEREMBAN, DAYANGKU INTAN KE DALAM PAS:
LANGKAH POSITIF PACU GELOMBANG PASCA PRU-15

1. Syabas dan tahniah kepada Ketua Pemuda UMNO Seremban, Zool Amali Hussin bersama rakan- rakan yang secara rasminya telah menyerahkan borang keahlian PAS kepada PAS Kawasan Seremban semalam, 17 Disember.

2. Turut mengumumkan penyertaan bersama PAS adalah penyanyi terkenal era 80-an, Tengku Intan Tengku Abdul Hamid atau Dayangku Intan yang bermastautin di Lenggeng (Dalam Kawasan Seremban). Untuk rekod, sebelum ini Dayangku Intan merupakan ahli PKR.

3. Ia satu lagi rakaman sejarah yang bakal membawa gelombang kebangkitan di Selatan tanah air.

4. Menurut maklumat, dijangka dalam masa terdekat tiga lagi cawangan PAS baru akan ditubuhkan di Lenggeng berikutan kemasukan Zool Amali atau lebih dikenali dengan nama Bozz Jebat ini. Zool Amali juga merupakan Timbalan Pengerusi PEKIDA Seremban.

5. Ia satu signal atau petanda yang baik kepada persiapan Perikatan Nasional menjelang Pilihan Raya Negeri yang bakal diadakan pada tahun 2023.

6. Kepada rakyat Malaysia di luar sana, jom sertai PAS. Kita bersama-sama membawa gelombang kebangkitan rakyat atas nama Perpaduan Ummah.

7. Kepada yang ingin memohon, sila ikuti langkah-langkah berikut:

i. Jika anda ingin menjadi ahli berstatus daftar terus dengan yuran sekaligus, anda hanya
perlu membuat permohonan dan menjelaskan yuran pendaftaran melalui permohonan
secara online di pautan berikut, https://keahlian.pas.org.my/

ii. Manakala bagi anda yang ingin memohon untuk menjadi ahli PAS yang aktif di Cawangan
dan Kawasan, sila muat turun (download) Borang Permohonan Menjadi Ahli PAS tersebut
di pautan berikut, https://pas.org.my/download/borang-keahlian-pas/

iii. Atau terus menghubungi saudara Khairul Faizi Ahmad Kamil di talian 010-5401830.

"MALAYSIA SEJAHTERA"

YB Ir. Ts. HAJI KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Ketua Penerangan Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
Ahli Parlimen Jerantut

Bertarikh: 18 Disember 2022 | 23 Jamadilawal 1444





(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2022-12-18 03:06:07

#pas

#pas
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook